Sabah dan Sarawak tidak mendapat perhation Tun M-Armizan

0
174
Datuk Armizan Mohd Ali
Datuk Armizan Mohd Ali

KOTA KINABALU: Sabah dan Sarawak tidak mendapat perhatian yang sewajarnya daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia berbanding Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, kata Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Armizan Mohd.Ali.

Beliau berkata, berbeza dengan kepimpinan Najib, Tun M menganggap pemimpin Sabah tidak layak memegang jawatan kanan dalam Kabinet Persekutuan.

“Sebaliknya Tun M berpendapat jawatan yang sesuai untuk orang Sabah hanyalah Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri tanpa peranan yang strategik.

“Sebaliknya jika dibandingkan dengan jumlah perwakilan dan portfolio pemimpin Sabah dalam sejarah dan Kabinet Najib hari ini, jelas begitu ramai pemimpin Sabah dilantik memegang jawatan penting dan kanan dalam Kabinet Persekutuan”, katanya ketika mengulas kenyataan Tun M.

Armizan yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Papar berkata, pandangan dan layanan Tun M terhadap Sabah dan Sarawak dapat dilihat dengan bentuk penekanan yang diberikan terhadap tarikh keramat penubuhan Malaysia iaitu 16 September yang langsung tidak signifikan bagi beliau.

“Najib sebaliknya bukan sekadar menjadikan 16 September cuti umum, di awal beliau menjadi Perdana Menteri iaitu pada tahun 2009, 16 September telah diraikan dengan lebih signifikan dan bermakna. Bukan sekadar persoalan cuti atau perayaan, tetapi perkara ini boleh menzahirkan bagaimana seseorang pemimpin dan kepimpinan melihat dan mengiktiraf kedudukan Sabah dan Sarawak”, tegasnya.

Katanya, peruntukan pembangunan luar bandar yang diberikan oleh Najib untuk Sabah dalam tempoh 8 tahun beliau mengetuai Kerajaan Persekutuan lebih banyak berbanding 22 tahun Tun M menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya, tiada yang tersembunyi, rekod adalah kenyataan yang benar “Nothing to hide, the record speaks for itself”.

Beliau berpendapat dan yakin rakyat Sabah ‘suka’ dan ‘gembira’ dengan kenyataan Tun M dan memintanya bercakpr/BNNap lebih banyak tentang Sabah.

“Seeloknya beliau turun berkempen membantu Parti Warisan di Sabah. Biarkan rakyat Sabah khususnya generasi muda menilai rekod prestasi Tun M di Sabah sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri”, tegasnya.

Armizan mengingatkan generasi muda agar tidak memandang kenyataan Tun M hari ini dengan ‘mata buta’, tetapi nilailah bersandarkan sejarah dan prestasi beliau dalam perspektif Sabah.-pr/BNN