Cadangan pindaan perlembagaan Pertubuhan Peladang telah diluluskan. Amat dukacita tiada pandangan dan pembalasan terlebih dahulu di antara Yang Berhormat Menteri (YBM) maupun Pendaftar bersama pemimpin-pemimpin Peladang saperti mana amalan-amalan terdahulu, sebelum sesuatu pindaan dibuat.
2. Pindaan ini dibuat kononnya untuk menyelamatkan Pertubuhan Peladang. Dengan tidak menafikan apa yang dibuat oleh barisan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) sekarang yang sekurang-kurangnya sedang berusaha memperkasa serta memulihkan NAFAS ke arah yang lebih CEMERLANG, PPN Pulau Pinang berpendapat tiada keperluan untuk melakukan perkara yang sama di PPK dan PPN.
3. Perlu diingat oleh semua, organisasi ini adalah milik peladang, dan semua ahli berhak untuk memilih pemimpin mereka. Pertubuhan Peladang bukanlah tempat untuk membina karier politik, tetapi tempat untuk berbakti kepada ahli-ahli.
4. Secara prinsip, PPN Pulau Pinang yang mewakill lebih daripada 20,000 ahli sama sekali tidak bersetuju dengan pindaan ini kerana ianya bersalahan dengan prinsip Pertubuhan Peladang sebagai satu Pertubuhan yang dimiliki oleh ahli dan digazetkan sebagai Pertubuhan melalui Akta 109.
5. Pindaan inl akan menyebabkan berlakunya kekhilafan yang jelas di antara peladang-peladang sebenar dan ahli politik yang ingin dimasukkan ke dalam PPK, PPN dan NAFAS.
6. PPN Pulau Pinang turut bersetuju dengan pandangan PPN Perak yang membantah pindaan yang dibuat ini atas prinsip yang sama, iaitu, tidak wajar orang politik berada dalam organisasi Peladang, sama ada daripada pihak kerajaan atau pembangkang.
7. Kerajaan PH wajib mendokong prinsip ketelusan yang digembar-gemburkan selama ini dengan tidak mencampuri secara langsung urusan peladang. Secara tidak langsung, kerajaan masih boleh membantu Pertubuhan Peladang dengan pemantauan yang berterusan daripada pihak LPP tanpa campur tangan langsung seperti yang berlaku sebelum ini.
8. Suara Peladang merupakan suara akar umbi,mungkin tidak akan kemana biIa wakil-wakil bukan ahli Peladang dan ahli-ahli politik yang sudah pasti tidak menjiwai semangat/roh Peladang.
9. Tidak ada Jaminan bahawa orang-orang politik ini tidak merosakkan organisasi Pertubuhan Peladang.
10. Selain ltu, PPK dan PPN terpaksa menanggung mereka yang bersifat “sleeping partner” yang tidak memberikan apa-apa sumbangan untuk kemajuan dan keuntungan PPK itu sendiri.
11. Sekali Iagi, PPN Pulau Pinang menyeru kepada Yang Berhormat Menteri agar tidak meneruskan pindaan ini yang boleh mengecewakan banyak ahli-ahli di peringkat akar umbl.
*DATO HJ ISMAIL UMAR*
Pengurusi Pertubuhan Peladang Negeri Pulau Pinang.