5 dilantik ALP KPD yang baharu

0
Dr. Daud (duduk, tengah) dan Honorsius Datuk Alfred Bosuin (duduk, tiga dari kanan) bergambar bersama ALP KPD yang baharu.

KOTA KINABALU: Lima orang awam menerima watikah pelantikan sebagai ahli lembaga pengarah Korporasi Pembangunan Desa (KPD) yang baharu daripada Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Dr. Daud Yusuf bertempat di Hotel Pacific Sutera, Kota Kinabalu pada hari Khamis lepas.

Mereka ialah Chia Jia Fung, Lu Chee Lok, Pungut @ Jouya Bruno, Crispin Kitingan dan  Freddy Ekol. Dr. Daud mewakili Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Junz Wong di  majlis itu.

Turut hadir di majlis itu ialah pengerusi lembaga pengarah KPD, Honorsius Datuk  Alfred Bosuin, timbalan pengerusi KPD, Haji Karim Madun, Pengurus Besar KPD,  Jamilah Lee, Pengarah Jabatan Veterinar Sabah, Dr. Peter Lee serta para pegawai kanan KPD. -pr/BNN