KOTA KINABALU: Golongan generasi muda perlu diberi pendedahan secara menyeluruh mengenai pengisahan hidup rakyat di zaman penjajah bagi membolehkan mereka menilai erti kemerdekaan yang membawa kemakmuran dan kemewahan hidup yang dinikmati sekarang.
Ketua Srikandi bahagian Kota Marudu berkata generasi muda masa kini juga tidak seharusnya membuat tafsiran sendiri kononnya mereka sememangnya dilahirkan pada zaman kemewahan.
Beliau berkata, generasi muda perlu diberi kefahaman bahawa kemewahan hidup yang dinikmati sekarang tidak datang bergolek tanpa usaha dan perjuangan pemimpin yang membebaskan negara daripada cengkaman penjajah.
“Generasi muda juga perlu memahami bahawa tanpa kebijaksanaan kepimpinan negara, rakyat tidak akan menikmati kemewahan dan kesejahteraan hidup sebagaimana sekarang.
“Mereka perlu menyedari hakikat bahawa mereka mesti memahami erti kemerdekaan serta melengkapkan diri dengan keilmuan seimbang iaitu agama dan akademik,” katanya.
Beliau berkata selepas sambutan Hari Kebangsaan peringkat Daerah Kecil Matunggong 2019 di Pekan Kota Marudu semalam.
Dalam acara perbarisan kategori parti politik PBBM Bersatu Kota Marudu mendapat tempat ke dua
Redonah yang juga Penolong Setiausaha Srikandi Bersatu Sabah kemerdekaan katanya, bukan sahaja bermakna pentadbiran negara bebas dari jajahan orang asing tetapi setiap individu perlu bebas dari budaya dan atau apa sahaja bentuk pemikiran barat yang negatif.
“Melalui penghayatan erti kemerdekaan, ia perlu diperbetulkan supaya golongan muda bebas dari belenggu penjajahan berbentuk pemikiran dan bukan sekadar pentadbiran sahaja.
“Mereka (golongan muda) harus membangun dan merancang masa negara supaya dapat menyumbang tenaga dan fikiran untuk meningkatkan sosio ekonomi kita,” katanya.-pr/BNN