Ahli Lembaga LPP Lawat Projek Ternakan Ikan Kerapu Hibrid dan Udang Kara

0
. Rombongan Ahli Lembaga LPP bergambar bersama pemimpin PPK Putatan dan pegawai PCB Sdn.Bhd
Dr. Arsit (tiga dari kanan) memberi taklimat kepada Armizan (dua dari kanan) semasa melawat projek ternakan udang kara.

KOTA KINABALU: ROMBONGAN Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Malaysia telah mengadakan lawatan Projek Ternakan Ikan Kerapu Hibrid dan Ternakan Udang Kara yang diusahakan oleh PCB Biotech Sdn.Bhd, anak syarikat  Permodalan Capital Berhad dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Putatan di Bakut View, Putatan, hari ini.

Ketibaan rombongan LPP yang turut disertai oleh Pengarah LPP Negeri Sabah, Puan Anita Misuari disambut oleh Pengerusi PCB Biotech , Datuk Seri Dr. Haji Arsit Haji Sedi yang juga Pengerusi PPK Putatan.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Port Klang, Encik Armizan Zamanhuri yang juga Ahli Lembaga LPP, lawatan itu bagi meninjau teknologi dan usahasama yang dilakukan oleh usahawan PPK Putatan dan PCB Biotech.-pr/BNN