Mesyuarat PP : Menteri pun mau tahu PPN mana sokongnya

0
Suhaimi Manjun.

KOTA KINABALU: Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) yang diadakan tahun ini mendapat perhatian oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MO), Dato Salahuddin Ayub.

Salahuddin berbual dengan 4 individu dalam video itu.

Ini berikutan pewartaan Pindaan Peraturan Pertubuhan Peladang (PP) 2019 yang dibuat oleh beliau sebelum MAT Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan PPN, telah mendapat bantahan keras oleh ahli-ahli peladang seluruh negara.

Justeru, MAT di 14 PPN merupakan medan bagi menguji sejauh mana sokongan dan penerima PPN keatas dasar dan perubahan yang telah beliau lakukan.

Hari ini (28 Oktober 2019) tular di media sosial *Youtube” satu rakaman video yang bertajuk “Mesyuarat PP”, dengan caption “menteri pun mau tau.”

https://youtu.be/fAGtPSw5zhY

Dalam video yang berdurasi 26 saat itu, jelas kelihatan Salahuddin yang berbaju kemeja T sedang berbual dengan 4 individu berbaju korporat pada satu majlis yang tidak dinyatakan lokasinya.

Berdasarkan perbualan dalam video itu, Salahuddin  mengira dan menyebut jumlah PPN yang telah selesai mengadakan MAT 2019 dan negeri-negeri menyokong beliau.

Antara negeri-negeri yang disebut ialah  Negeri Sembulan, Johor, Selangor, Pahang dan Perlis.

Sementara negeri lain yang turut disebut ialah Kedah, Kelantan dan Sabah. Difahamkan Salahuddin dan pemimpin LPP mengira negeri-negeri yang tidak menyokongnya.

Bekas Ahli Jemaah Pengarah (AJP) PPN Sabah, Encik Suhaimi Manjun yang menonton video itu di laman sosial berkata, sesuatu dasar dan perubahan baharu yang dibuat oleh Menteri MOA, yang memberi faedah dan menjaga kepentingan warga peladang pasti akan mendapat sokongan penuh daripada PPN dan ahli-ahli peladang.

“Menteri MOA tidak perlu bimbang dengan sokongan PPN sekiranya peraturan baharu Pertubuhan Peladang (PP) yang dilakukannya bukan untuk kepentingan politik beliau”, tegas.-pr/BNN