Beri perhatian kepada sektor ekonomi pertanian-Musbah

0
Datuk Musbah Jamli

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri dan pihak bertanggungjawab perlu memberi perhatian kepada usaha membangunkan sektor ekonomi pertanian khasnya bagi tanaman padi, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk DatukM  Jamli.

Katanya, di Sabah kawasan yang kaya dengan hasil padi yang menjadi makanan utama rakyat seharian, adalah di Kota Belud yang juga dikenali sebagai jelapang padi Sabah.

“Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan sekiranya boleh memberi perhatian bagi membangunkan tanaman padi kita kerana pembangunan sektor pertanian juga perlu bergerak seiring dengan pembangunan lain-lain sektor lain yang mendapat perhatian utama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas Belanjawan Negeri Sabah Tahun 2020 di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Selesa.

Menurut Musbah, sektor pertanian khasnya tanaman padi memainkan peranan penting kerana fungsi tanaman itu sebagai makanan ruji masyarakat tempatan sekaligus membuka peluang perniagaan kepada penduduk yang mengusahakan tanaman tersebut.

“Tanaman ini amat penting, selai daripada menjadi bahan makanan penduduk, ia turut membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada pengusaha tanaman padi dan berfungsi menjadi sumber bahan mentah kepada sektor pembuatan.

“Oleh yang demikian, adalah perlu untuk daerah Kota Belud terus diberi keutamaan dalam pelaksanaan agensa pembangunan pertanian padi menerusi pelan tindakan ‘Agriculture Blueprint 2021-2030’ yang telah dilancarkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal baru-baru ini,” katanya.

Musbah juga memohon untuk kawasan jelapang padi Sabah diberikan keutamaan dalam agihan peruntukan RM6.2 juta oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi tujuan baikpulih dan naiktaraf saliran tanaman padi.

“Ini adalah perlu bagi tujuan membaikpulih dan menaiktaraf pengairan dan saliran utama tanaman padi kerana jelapang padi Kota Belud masih memerlukan prasarana asas bagi pembangunan sektor penanaman padi,” tegasnya.-pr/BNN