AIM berjaya angkat martabat peniaga- Hajiji

0
Hajiji bersama jemputan lain memotong kek sambutan di majlis itu.

KOTA KINABALU: KETUA Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah merasmikan Majlis Tautan Kasih Bersama Pemimpin dan Pemantapan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) anjuran Kelab Sahabat AIM Cawangan Tuaran di Friendly Gayang, Tuaran pada Rabu.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.10 Sulaman berkata, AIM merupakan agensi Kerajaan yang telah berjaya mengangkat martabat dan juga pendapatan peniaga-peniaga kecil di seluruh negara.

Katanya, berdasarkan cerita kejayaan (success stories) sahabat AIM, terdapat dikalangan mereka yang berjaya memperolehi pendapatan sehingga mencecah puluhan ribu sebulan.

“AIM telah berjaya membantu mengangkat martabat para peniaga dan sekaligus meningkatkan pendapatan rakyat di seluruh negara”, katanya.

Menurutnya, di Tuaran sahaja, seramai 3581 orang peniaga mendapat bantuan dan kemudahan pinjaman daripada AIM bagi menjalankan perniagaan.

Hajiji  berkata, Walaupun peminjam AIM mejoriti terdiri daripada kaum wanita, namun tidak bererti kaum lelaki atau suami  tidak dapat membantu isteri atau anak-anak mereka menjalankan perniagaan.

Turut hadir ialah Pengurus Besar AIM Wilayah Sabah Barat, Puan Hajah Norashifah Salleh, Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Tuaran , Lt.Muda (B)Tuan Haji Awil Kansari, Pengurus AIM Daerah Tuaran,  Encik Sharif Moh Sharif Ekang dan Presiden Kelab, Puan Noraidah Haji Arbi.-pr/BNN