BONGAWAN: Pemuda Pakatan Harapan (PH) telah melancarkan jenteranya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis bagi membantu calon Warisan, Datuk Haji Karim Bujang.
Pelancaran itu dilakukan oleh Ketua Armada BERSATU Nasional, Encik Syed Saddiq Syed Abd.Rahman yang juga Menteri Belia dan Sukan Malaysia, di perkarangan kediaman Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Kimanis, Haji Ahmad Yusof di Bongawan pada Ahad.
Turut hadir ialah calon Parti Warisan, Datuk Haji Karim Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif, Ketua Armada BERSATU Negeri, Encik Mohd Isquzawan Israq Datuk Arsit dan para pemimpin pemuda PH.
Syed Saddiq juga menyerahkan baju kepada jentera Pemuda PH di majlis itu.-pr/BNN