KUALA NERANG KEDAH: Pendaftar Pertubuhan Peladang/ KP Lpp digesa memberi penjelasan kepada ahli-ahli peladang seluruh negara berhubung status Ahli Jemaah Pengarah (AJP) pertubuhan kebangsaan (NAFAS)
AJP Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Kedah, Datuk Abd Lateh Haji Mohd Saman berkata, banyak persoalan perlu dijelaskan oleh Pendaftar Pertubuhan Peladang demi kepentingan ahli-ahli peladang selaku pemegang saham Nafas.
Antaranya ialah mengenai sama ada Pendaftar telah mengambil alih Nafas? Perbelanjaan AJP Nafas sekarang daripada sumber mana? Adakah AJP Nafas sekarang masih berfungsi?
Beliau juga mempersoalkan mana jawapan balas daripada Pendaftar setelah 25 wakil Pertubuhan Peladang dari seluruh negara menyerahkan memorandum kepada Ketua Pengarah (KP) Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).
“Menjadi persoalan sekarang ialah adakah semua peraturan PP sudah tidak diguna pakai?”, katanya dalam kenyataan, hari ini.
Abd Lateh berkata, memorandum yang diserahkan kepada KP LPP pada 14 Januari 2020, antara lain meminta Pendaftar mengambil alih Nafas dan memanggil Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kerana AJP Nafas telah diberi tempoh lanjut masa oleh Pendaftar sehingga 15 Januari 2020. Mengikut penerangan KP Lpp kepada kami semasa pertemuan dengan nya pada 14 Januari 2020 yang lalu.
“Selepas tarikh itu, maka AJP yang ada telah tamat tempoh. Justeru sebarang pembayaran mestilah dibuat oleh “care taker” “.
“Kami juga dimaklumkan surat permohonan baru sahaja dipohon oleh Nafas untuk pelanjutan tempoh masa untuk kali kedua.
“Walau bagaimana pun kami mahu peraturan dipatuhi oleh Pendaftar kerana sekiranya pendaftar tidak mematuhi panduan sedia ada, maka PPK juga tidak akan menuruti peraturan yg sedia ada”, tegasnya.
Abd Lateh berkata, setakat hari ini (22 Januari 2020) sudah seminggu berlalu, namun wakil PP masih belum menerima sebarang jawaban dari Pendaftar.
Katanya, ahli-ahli peladang juga sedang menunggu keputusan usul yang dibawa oleh hampir seluruh PPN seluruh Malaysia yang menolak pewartaan PP Pindaan 2019.
“Usul ini bukan untuk dibahas tetapi untuk diputuskan oleh pendaftar. Pada masa ini ahli peladang sudah mulai sangsi dengan kredibeliti Ketua Pengarah kerana surat yang dihantar tidak dijawabnya” tegasnya.-pr/BNN