KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) Bahagian P.173 Putatan menerusi Biro Hal Ehwal Masyarakat Cina akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina (CNY) pada 1 Februari 2020 di Pekan Tanjung Aru.

Pengerusi Penganjur (organising chairperson) Puan Judy Hiew yang juga Pengerusi Biro itu berkata, majlis itu yang akan bermula jam 9.30 pagi dijangka dihadiri oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal yang juga Presiden Warisan.

Katanya, selain Ketua Menteri, majlis itu juga akan dihadiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah, Datuk Wong Hong Jun @ Junz Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.17 Tanjung Aru, Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Uda Sulai yang juga ADUN N.18 Petagas dan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Warisan, Datuk Awang Ahmad Sah Datuk Haji Awang Shari yang juga Ketua Warisan Bahagian Putatan.

Beliau berkata, ini merupakan kali pertama Biro Hal Ehwal Cina mengadakan Majlis Rumah Terbuka CNY di Pekan Tanjung Aru.

“Selain persembahan tarian singa, nyanyian dan persembahan hiburan, Shafie akan bersama tetamu lain mengaul “Yee Sang””, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Judy Hiew berkata, Ketua Menteri juga akan menyampaikan sumbangan kepada tokong-tokong (temples) dan gereja.

Katanya, warga emas dan kanak-kanak juga akan menerima “angpows” sempena majlis itu.

Serentak itu, Judy Hiew yang juga Timbalan Penyelaras (N.17 Tanjung Aru) Parti Warisan Bahagian P.173 Putatan mempela orang ramai, khususnya masyarakat di sekitar Tanjung Aru, Sembulan dan Putatan agar datang beramai-ramai bersama meraikan Majlis Rumah Terbuka CNY Parti Warisan Bahagian P.173 Putatan.-pr/BNN

Judy (barisan hadapan, tengah) bersama jawatankuasanya.