KIULU : Parti Solidariti Tanah Airku (STARSABAH), mengumumkan peneraju Bahagian Kiulu yang baru iaitu Encik Leonard Tillah. Sebelum ini, beliau merupakan Timbalan Ketua Bahagian.
Encik Leonard Tillah menyatakan bahawa STARSABAH di Kiulu tetap teguh dan tidak goyah dengan perletakan Jawatan Ketua Bahagiannya Encik Terence Sinti dua hari yang lalu.
Beliau juga menegaskan bahawa tidak ada apa-apa yang berubah di Kiulu, kami tetap memberikan sokongan penuh kepada Presiden Parti Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan. Kami percaya dengan perjuangannya yang konsisten menuntut hak-hak Sabah seperti yang termaktub dalam MA63.
Sebahagian AJK yang hadir ke Ibu Pejabat STARSABAH hari ini juga bersetuju dengan Pemangku Ketua Bahagian yang baru.
Setiausaha Agung, Tuan Guandee Kohoi juga menyatakan keyakinan beliau terhadap STARSABAH di Kiulu. Hal ini demikian kerana tidak ada seorang pun AJK Bahagian atau ahli-ahli STARSABAH di DUN Kiulu yang keluar parti bersama Encik Terence.
Encik Terence Sinti mengumumkan perletakkan Jawatan sebagai Ketua Wiramuda Pusat dan Ketua Bahagian Kiulu dan sekaligus keluar parti yang dianggotainya sejak PRU ke 13 lalu. Sebelum ini, beliau pernah bertanding dalam pilihanraya umum ke 13 dan ke 14 atas tiket STARSABAH tetapi tewas kepada calon BN.
Ajk Bahagian Kiulu mengucapkan terima kasih kepada Terene diatas kepimpinan beliau di Bahagian Kiulu selama ini dan mendoakan agar beliau berjaya di masa -masa akan datang.
Adalah difahamkan bahawa Encik Terence akan menyertai Parti UPKO.-pr/BNN