Katanya, berdasarkan kajian tersebut, secara umum program makanan percuma di sekolah menyumbang kepada keperluan nutrisi seimbangan dan meningkatkan kesihatan pelajar.
“Ia juga menyumbang kepada peningkatan prestasi pembelajaran dan pembangunan sosial serta membantu perkembangan industri pertanian tempatan”, katanya dalam satu kenyataan.
Beliau yang juga Exco Kerjaan Negeri Perak berkata, para pelajar di Malaysia berhadapan dengan dua masalah utama dalam pemakanan seharian iaitu, malnutrisi dan obesiti.
Menurutnya, statistik menunjukkan ramai dalam kalangan pelajar tidak mendapat nutirisi yang seimbang dan mencukupi daripada isi rumah yang berpendapatan rendah dan ramai yang mengambil ‘fast food’ sebagai makanan harian.
Katanya, kajian terhadap tabiat pemakanan dalam kalangan pelajar mendapati kurang daripada 1/3 pelajar berumur 10 hingga 17 tahun mendapat nutrisi yang seimbang. Manakala 84.4% mengamalkan ‘fast food’ hampir setiap hari.
“Sebagai langkah penyelesaian, KRI mencadangkan program pemakanan seimbang sedia ada diperluas kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang sosioekonomi.
“Selain itu program pemakanan di sekolah membantu meringankan beban isi rumah terutamnya dalam kalangan keluarga yang berpendapatan rendah.
“Malah, dengan perancangan dan implementasi yang baik, program pemakanan di sekolah juga mampu memberdaya sektor pertanian tempatan seterusnya meningkatkan pendapatan petani”, tegasnya.
Hasnul berkata setakat ini, terdapat dua rancangan pemakanan di sekolah iaitu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Hidangan Berkhasiat (HiTS) dan tidak dinafikan program ini berjaya membantu golongan sasar.
Walau bagaimanapun, katanya penilaian semula perlu dibuat dengan penglibatan lebih banyak kementerian dan pihak berkepentingan khususnya diperingkat bawahan agar program ini dapat diperluaskan kepada semua golongan pelajar tanpa mengira latar belakang sosioekonomi.
“Pemuda AMANAH berharap pihak kerajaan dapat mempertimbangkan Kajian KRI agar masalah kekurangan nutrisi dalam kalangan pelajar yang tidak berkemampuan dan masalah obesiti dalam kalangan pelajar daripada isi rumah berpendapatan tinggi dapat diselesaikan.
“Pemuda AMANAH percaya dengan kesungguhan kerajaan Pakatan Harapan membantu rakyat dan kerjasama antara kementerian, cadangan rancangan makanan untuk semua pelajar ini akan dapat direalisasikan”, tegas Hasnul yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titiserong.-pr/BNN
-End.
Caption:
Encik Hasnul Zulkarnain