KUALA LUMPUR: Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) terdahulu amat berbeza dengan AJP sekarang yang sering membelakangkan Pendaftar Pertubuhan Peladang (PP).

Bekas AJP Nafas, Datuk Sylvester Entri Muran berkata, AJP terdahulu sentiasa mengambil kira teguran dan pandangan daripada Pendaftar PP yang juga Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) atau wakilnya semasa Mesyurat AJP.

Pengerusi PPK Merudi Sarawak itu berkata, AJP Nafas sekarang yang diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi amat angkuh sehingga menganggap Pendaftar PP sebagai “musuh”.

“Saya dimaklumkan bahawa AJP Nafas sekarang sering membelakangkan Pendaftar PP dalam membuat sesuatu keputusan.

“Sebab itulah banyak keputusan kurang bijak telah diambil oleh mereka sehingga menyebabkan Nafas mengalami kerugian lebih RM23 juta dalam tahun 2018”, katanya dalam kenyataan.

Sylvester berkata, keangkuhan Phahrolrazi dan AJP Nafas yang lain dapat dilihat apabila beliau enggan melayan desakan ahli-ahli peladang yang mahunya mendedahkan nama friman audit antarabangsa yang menjalankan audit forensik terhadap akaun Nafas.-pr/BNN

Datuk Sylvester Entri Muran