250 sertai program berjalan 10K langkah anjuran PSKKS S

0
Encik Rhymie Abd. Rahman (barisan hadapan, tiga dari kiri) bersama Champin (dua dari kiri), Johnson (barisan hadapan, empat dari kiri), Pargani (barisan hadapan, kiri), Helen (barisan kedua, tengah) bersama peserta berjalan 10,000 langkah.

SIPITANG: Lebih 250 peserta termasuk dari Lawas, Sarawak menyertai Program Jom Sihat! 10,000 Langkah Berjalan Kaki anjuran Persatuan Sukarelawan Kanser dan Kemasyarakatan Sipitang Sabah (PSKKS) di Esplanade Sipitang, hari ini.

Helen menyampaikan cenderamata kepada Johnson sambil diperhatikan oleh tetamu yang lain.

Selain berjalan kaki 10,000 langkah, sukaneka PSKKS sempena Hari Kanser Sedunia turut diadakan.

Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Sipitang, Encik Rhymie Abd. Rahman mewakili Pegawai Daerah Sipitang, Encik Matlin Bin Dullah merasmi dan melepaskan peserta berjalan kaki.

Turut hadir dan menyertai program berjalan kaki 10,000 langkah ialah Ketua Polis Daerah Sipitang, Tuan Champin Piuh, Penyelia Hospital Daerah Sipitang mewakili pengarah hospital, Encik Johnson Goven, Penolong Jurutera JKR Daerah Sipitang Encik Pargani bin Awang Talip.

Pengerusi PSKKS, Puan Helen Morris berkata, program itu bertujuan melahirkan kesedaran dikalangan masyarakat tentang pentingnya menjaga kesihatan diri dan keluarga.

“Menerusi program Jom Sihat! dan berjalan 10,000 langkah sekiranya dapat dilakukan setiap hari oleh masyarakat, ia dapat membantu kesihatan seseorang”, katanya.

Menurutnya, PSKKS Sipitang akan terus menggiatkan program kesedaran bagi membantu masyarakat amnya dan pesakit kanser khususnya di Sipitang dan daerah di sekitarnya.

Helen berharap syarikat-syarikat besar dan individu yang berkemampuan dapat turut serta bersama-sama menaja dan membantu menjayakan program PSKKS.-pr/BNN

Encik Rhymie Abd. Rahman (barisan hadapan, tiga dari kiri) bersama Champin (dua dari kiri), Johnson (barisan hadapan, empat dari kiri), Pargani (barisan hadapan, kiri), Helen (barisan kedua, tengah) bersama peserta berjalan 10,000 langkah.