TUARAN: Seramai 550 peminat sukan berbasikal telah menyertai MRB Jamboree Friendship 2020 yang diadakan di Sungai Damit pada Ahad.

Sebahagian daripada peserta Jamboree Friendship 2020.

Pertandingan itu disertai oleh peserta dari seluruh daerah di negeri sabah termasuk dari negeri sarawak dan negara Brunei Darussalam.

Jamboree Friendship 2020 adalah anjuran bersama Kelab Sukan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), MRB Apparel dan Kelab Peminat Basikal Sabah (KPBS).

Encik Awil menyampaikan hadiah kepada pemenang kategori lelaki veteran.

Peserta berbasikal sejuah 30 kilometer (KM) bagi kategori Race Ride dan 15KM bagi Fun Ride melalui jalan ladang LIGS dan kampung berhampiran.

Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Tuaran, Lt. Muda Maritim(B) Awil bin Kamsari telah mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor merasmikan pertandingan yang julung-julung kali diadakan itu.

Turut hadir ialah Pengerusi Kelab Sukan LIGS Daerah Tuaran, Encik Mohd Hisham Bin Mohd Jais mewakili LIGS, Pengarah MRB Apparel@MRB Embroiprint, Encik Robby M.J Chan dan Presiden KPBS, Encik Madzaral Sebalun.

Menurut Mohd.Hisham, pertandingan itu diadakan untuk peminat sukan berbasikal khususnya dikalangan masyarakat Sabah.

“Menerusi pertandingan itu kami berharap dapat memperluas aktiviti berbasikal sebagai budaya dan gaya hidup sihat yang dapat mengerat dan memupuk perpaduan dikalangan pelbagai kaum”, katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Belia & Sukan Negeri Sabah (KBSS) Daerah Tuaran, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Tuaran, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Kota Kinabalu, petugas-petugas anjuran, penduduk kampung dan para penaja terdiri daripada Perniagaan Gemilang Kota Kinabalu, Spring Trading, HHH.My Maxtron, Soon Soon, PimpMybike, Mileone, Mineral Water K2, JF20Crew, ThePhotograf bagi menjayakan anjuran ini.-pr/BNN

Lt. Muda Maritim(B) Awil bin Kamsari (barisan hadapan, kiri) ketika melepaskan melepaskan peserta MRB Jamboree Friendship 2020.