“Saya memandang serius perkara ini dan ianya tidak sepatutnya berlaku kerana PN kini adalah Kerajaan Persekutuan setelah Kerajaan PH tumbang”
“Ketua jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan kena sedar dan faham bahawa sama ada Menteri atau Wakil Rakyat Kerajaan Warisan, UPKO dan PH merupakan pembangkang di peringkat Persekutuan pada masa ini, katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Komunikasi UMNO Sabah, Encik Ghazalie Ansing yang menggesa Kementerian Pendidikan Persekutuan mengambil tindakan terhadap Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) kerana menganjurkan program jabatan itu dengan melibatkan Wakil Rakyat Kerajaan Warisan Negeri.
Program itu ialah majlis pelancaran Kempen Bilik Rehat Sihat JPNS yang telah dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Puan Jenifer Lasimbang di SM St.Paul, Beaufort pada Jumaat.
Bung yang juga Ahli Parliment (MP) kawasan Kinabatangan yang menyokong kenyataan itu berkata, JPNS harus menghentikan segera aktiviti dan program melibatkan Wakil-Wakil Rakyat Warisan dan PH di sekolah-sekolah kerajaan, walaupun ianya telah dirancang lebih awal.
“Peringatan ini bukan sahaja ditujukan kepada Pengarah Pendidikan Negeri tetapi termasuk pegawai di daerah-daerah termasuk Pejabat Pendidikan Bahagian (PPB) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) seluruh Sabah”.
“Sebarang usaha dan pelanggaran peringatan serta arahan itu merupakan tindakan sabotaj kepada Kerajaan Persekutuan” tegasnya.-pr/BNN