TUARAN: Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman telah mengagih-agihkan bantuan bahan makanan kepada ketua dan wakil daripada 4 buah kampung iaitu Kampung Penimbawan, Kg. Baru-Baru, Kg. Lok Munuk dan Kg.Tajau, hari ini.
Bantuan itu diberikan kepada mereka yang memerlukan dan mengikut keperluan sesebuah kampung.
“Inshallah semua kampung dalam kawasan DUN Sulaman akan mendapat agihan bantuan bahan makanan mulai hari ini, dan misi pengagihan ini dijangka dapat selesai dalam tempoh seminggu.
“Kira-kira 2000 ketua isi rumah akan mendapat agihan bantuan daripada saya dan juga Kerajaan Persekutuan”, katanya.
Menurutnya, bantuan itu juga akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan di kawasan Kiulu dan Tamparuli.-pr/BNN