SUMBANGAN AIDILFITRI….Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman telah menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penduduk-penduduk yang kurang berkemampuan di kawasan DUN Sulaman, kelmarin.
Sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri itu telah diserahkan kepada wakil-wakil penduduk kampung pada majlis ringkas yang diadakan di perkarangan kediaman Hajiji di Kampung Serusup, Tuaran.
Kelihatan dalam gambar, Hajiji (bertopi) menyampaikan sumbangan kepada wakil penduduk kampung.-pr/BNN