1. Sejak seminggu dua ini beberapa pemimpin kerajaan Sabah tidak henti-henti untuk menyerang presiden STAR Sabah Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan (DDJK).
2. Kebanyakan daripada mereka ini adalah terdiri daripada pemimpin KDM seperti Yb. Datuk Loretto Damien S. Padua Jr (Setiausaha Agung Parti Warisan Sabah), Yb. Terence A Siambun (Bandahari Agung Parti Warisan Sabah), dan Nelson W. Angang (Setiausaha Agung Parti UPKO).
3. Cara mereka bercakap dan memberi kenyataan pula seolah-olah menggambarkan mereka ini bukan lagi kerajaan negeri Sabah tetapi pembangkang tulen yang tidak punyai kuasa apa-apa terhadap kepentingan Sabah dan rakyat khususnya.
4. Ulasan-ulasan dan komen-komen yang mereka lontarkan kepada DDJK juga sepertinya DDJK ini adalah Ketua Menteri Sabah yang bertanggungjawab dan berkuasa untuk menyelesaikan semua isu-isu dan masalah-masalah yang ada di wilayah Sabah ini.
5. Mereka lupa bahawa Ketua Menteri yang sah ketika ini ialah Datuk Seri Panglima Shafie Afdal yang punyai kuasa besar untuk bertindak dan membuat keputusan bagi menyelesaikan isu-isu yang mereka kemukakan kepada DDJK.
6. Umpamanya isu yang dibangkaitkan oleh Nelson berkenaan dengan Pas Semantara Sabah (PSS) yang ingin diperkenalkan dahulu tetapi dibatalkan pelaksanaannya setelah mendapat tentangan hebat daripada Orang Asal Sabah (OAS) sepatutnya diselidik sebaik-baiknya oleh kerajaan negeri untuk mencari solusi yang lebih berkesan dan diterima oleh OAS.
7. Input-input daripada tentangan OAS terhadap pelaksanaan PSS itu boleh dikumpul, dianalisis dan disimpulkan sebagai bahan rujukan untuk membuat satu kaedah baru yang lebih berkesan dan disukai oleh OAS.
8. Cadangan forum awam yang dikemukakan oleh DDJK untuk penyelesaian tuntas masalah PTI yang kemudiannya dipertikaikan oleh Nelson dan Terence sebagai satu kenyataan populis dan tidak selari dengan suara DDJK sebelum berada dalam kerajaan persekutuan juga menampakkan bahawa kedua-dua pemimpin ini tidak mendengar suara rakyat, tidak sensitif dan ketandusan idea dalam berhadapan dengan masalah PTI.
9. Cadangan forum ini sebenarnya sudah lama dikemukakan oleh DDJK melalui kenyataan-kenyataan media sebelum ini umpamanya;
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/01/23/kerajaan-sabah-digesa-rangka-penyelesaian-komprehensif-masalah-pendatang/
https://www.utusanborneo.com.my/2020/02/02/lihat-keperluan-tubuh-jawatankuasa-khas-urus-buruh-asing-pti-di-sabah
10. Dengan penganjuran forum ini maka kerajaan akan dapat melihat pandangan, cadangan dan komen-komen daripada semua pemegang taruh (OAS) untuk menyimpulkan satu kaedah efektif bagi menyelasaikan masalah ini agar apabila ianya dilaksanakan maka tiada lagi tentangan daripada OAS.
11. Forum ini berbeza sekali peranannya dengan forum yang dianjurkan oleh UPKO semasa isu PSS hangat dahulu kerana forum PSS tersebut adalah bertujuan untuk memberi penerangan terhadap pelaksanaan PSS dan bukannya meminta pandangan untuk menyelesaikan isu PTI ini.
12. Tuduhan Loretto bahawa DDJK merupakan pemimpin yang gagal juga amat melucukan.
13. Dalam konteks politik pemimpin yang dikatakan pemimpin gagal adalah pemimpin yang pernah diberi kepercayaan sebagai menteri tetapi tidak berbuat apa-apa untuk menyelesaikan isu rakyat.
14. DDJK hanya kurang dari 5 bulan sebagai timbalan menteri dan bukannya menteri penuh. Sebaliknya pemimpin-pemimpin Warisan pula sudah bertahun-tahun duduk di kerusi empuk tapi masih tidak dapat mewujudkan satu method yang berkesan untuk menangani masalah Sabah termasuklah isu PTI.
15. Mengaitkan DDJK dengan kegagalan kerajaan dahulu dalam mengatasi masalah PTI juga adalah idea yang kurang bijak kerana sejak dari sekian lama DDJK sudah menyuarakan tentangannya terhadap kebanjiran PTI di Sabah ini cuma kuasa itu membataskan tindakannya.
16. SUA Warisan ini juga perlu ingat bahawa sebahagian besar daripada pemimpin yang ada di dalam Warisan hari ini adalah produk daripada kerajaan yang lepas malahan mereka memegang jawatan tinggi di dalam kerajaan mahupun di dalam parti termsauklah ketua menteri dan timbalan-timbalan menteri yang ada. Apakah mereka ini juga termasuk dikalangan pemimpin yang gagal?
17. Sesuatu yang harus diakui oleh SUA Warisan ialah kepimpinan STAR Sabah yang ada pada hari ini bukannya terdiri daripada bekas-bekas menteri dari parti-parti dahulu yang pernah memerintah dan berkuasa tetapi sebaliknya STAR Sabah dibarisi oleh pejuang-pejuang yang faham akan perjuangan DDJK kepada rakyat Sabah.
18. Menuding jari kepada yang tidak berkuasa ibarat takutkan bayang-bayang sendiri. DDJK diserang sejak akhir-akhir ini menujukan bahawa pengaruh dan kekuasan STAR Sabah itu mula dirasai.
19. Sabah perlu dipimpin oleh orang yang betul-betul berjiwa Sabahan dan bukannya 50% – 50% untuk menyelesaikan isu Sabah dan mengangkat martabat OAS. Oleh itu sebagai pemimpin tertinggi dalam parti masing-masing Loretto, Nelson dan Terence ada peluang untuk mempengaruhi YB-YB untuk menyokong perjuangan OAS.
20. Saya tidak bermaksud minta mereka berpindah parti tapi kalau mereka punya keinginan maka jangan dihalang.
Ir. Jovilis Majami
30 Mei 2020
–Pandangan dan pendapat yang dinyatakan dalam artikel ini adalah daripada pengarang asalnya dan tidak mencerminkan pandangan dan dasar rasmi atau kedudukan Borneonews.net. Apa-apa kandungan yang dinyatakan oleh penyumbang artikel adalah pendapat mereka semata-mata.-Ketua Pengarang/BNN