KOTA KINABALU: Ketua Bahagian Warisan Beaufort, Datuk Hajah Johair Matlani seharusnya bertanya terlebih dahulu kepada Datuk Seri Shafie Afdal kenapa mereka memilih untuk berkerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sedangkan kepala PH pada ketika itu ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dicop sebagai “Bapa Projek IC” dikalangan Orang Asal Sabah (OAS).

Menurut Ts. Ir. Jovilis Majami kecurangan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Sabah dikatakan beliau lakukan sewaktu ingin menumbangkan kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan memberikan IC kepada pendatang tanpa izin agar mengundi parti UMNO pada era beliau menjadi presiden parti itu.

“Johair juga perlu ingat bahawa Dr. Mahathir pernah dipanggil untuk memberi keterangan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai PTI di Sabah dan dalam sisatan itu beliau memang mengaku memberikan kewarganegaraan kepada warga asing dengan alasan mereka memang layak untuk menjadi warganegara”

Jovilis Majami berkata susulan daripada itu, maka demografi kependudukan Sabah berubah dengan drastik sehinggakan suku kaum KDMR yang dahulunya majoriti di Sabah tidak lagi dapat dipertahankan kerana pengkhianatan yang dilakukan oleh Mahathir terhadap rakyat Sabah.

“Oleh itu, seluruh rakyat Sabah terutamanya OAS ingin pula bertanya kepada kerajaan Warisan pimpinan Shafie Afdal, apakah tujuan mereka berkerjasama dengan parti PH pimpinan Mahathir itu adalah untuk meneruskan kecurangan yang dilakukannya sebelum ini?”

“Ramai rakyat Sabah hairan kerana selepas sahaja Warisan menerajui Kerajaan Sabah maka mereka dengan pantas memperkenalkan Pas Semantara Sabah (PSS), jadi apakah ini adalah kesinambungan daripada sistem pemberian projek IC yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir dahulu?”

Mengulas dakwaan lanjut Johair, bahawa ada beberapa pemimpin UMNO dikaitkan dengan pemberian kewarganegaraan kepada PTI Jovilis menyatakan kalau pun itu benar dalang utamanya ialah Mahathir kerana pemberian IC itu banyak berlaku pada zaman pemerintahannya.

Menurut Jovilis hakikatnya ialah UMNO yang banyak menjahanamkan Sabah yang ditentang habis-habisan oleh Dr. Jeffrey adalah UMNO yang dipimpin oleh Mahathir suatu ketika dahulu dan bukannya UMNO ketika ini yang dipimpin oleh barisan kepimpinan baru.

Menurut Jovilis lagi Johair perlu ingat juga bahawa Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO paling lama berkuasa di Malaysia maka itu semua yang berlaku ke atas Sabah termasuklah kemunduran dan pengabaian ke atas Hak-Hak Sabah sepatutnya dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas bahu Mahathir.

“Semua Rakyat Sabah telah melihat sendiri bahawa ketika Warisan berkerjasama dengan PH dan Mahathir selepas PRU14 tiada satu pun Hak-Hak Sabah yang dikembalikan oleh Mahathir kepada kita”

“Begitu juga dengan peruntukan-peruntukan untuk memajukan Sabah juga tiada malahan projek mega Lebuhraya Pan Borneo yang diluluskan semasa era pemerintahan Najib Razak juga telah mereka kurangkan peruntukannya sehingga projek ini tergendala pembinaannya sehingga kini”

Munyentuh mengenai ideologi parti UMNO dan PAS yang mengutamakan Ketuanan Melayu dan Hukum Hudud Jovilis berkata bahawa Ketuanan Melayu itu sudah sekian lama disebut dan diperjuangkan oleh UMNO tetapi tidak memberi sebarang kesan buruk kepada rakyat Sabah.

“Orang Melayu di Semananjung Malaysia punyai hak untuk memperjuangkan hak mereka seperti juga OAS yang memperjuangkan hak kita di Sabah”

Mengulas mengenai Hukum Hudud yang menjadi ideologi utama PAS Jovilis berkata semua undang-undang yang ingin diperkenalkan di Malaysia adalah melalui proses perbahasan di parlimen maka tidak kira sama ada seseorang ahli parlimen itu berada dipihak pembangkang atau kerajaan ianya boleh mengambil keputusan untuk menyokong atau tidak sesuatu undang-undang yang diperkenalkan.

Jovilis juga membidas kenyataan Johair yang mengatakan bahawa UMNO memberi tekanan mental dan fizikal kepada Mahathir, Anwar dan Shafie kerana hakikatnya ketiga-tiga pemimpin inilah yang tidak henti-henti menyerang kerajaan Muhyiddin sehingga mereka sanggup untuk mengutus surat usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri demi untuk kepentingan diri mereka sendiri.

“Kekalutan dan kekusutan pemerintahan Malaysia hari ini adalah disebabkan oleh masalah antara Mahathir dan Anwar yang ingin duduk di kerusi Perdana Menteri sehingga Mahathir mengambil keputusan untuk letak jawatan manakala Muhyiddin pula dilantik oleh DYMM setelah mendapat sokongan majoriti daripada ahli dewan selepas perletakan Mahathir”

Jovilis juga mengingatkan Johair bahawa ketika ini di Sabah pemimpin-pemimpin tertinggi Warisan termasuk Johair sendiri sebenarnya yang banyak memberi tekanan mental kepada Dr. Jeffrey disebabkan risau dengan peningkatan sokongan parti STAR sejak selepas PRU14 sebaliknaya parti Warisan pula semakin hari semakin ditinggalkan oleh penyokongnya.

“Saya mengingatkan Johair supaya menghentikan serangan berterusan ke atas Dr. Jeffrey kerana kami penyokong-penyokong STAR juga tidak akan berdiam diri”“

“Adalah lebih baik untuk Warisan menumpuhkan kepada pembangunan Sabah kerana nampaknya sehingga kini rakyat belum dapat melihat apa sumbangan kerajaan Warisan selain daripada membantu mangsa kebakaran setinggan dan memperjuangkan PSS yang telah dibatalkan”.-pr/BNN