*Kenyataan Akhbar*
20.06.2020
Kota Kinabalu
Saya membuat pernyataan ini untuk dan bagi pihak Tan Sri Musa Bin Hj Aman sebagai peguamnya.
Sebagai balasan kepada sidang akhbar, siaran akhbar dan dedahan tentang pemfailan Writ Saman diantara Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah dan Tan Sri Musa
(‘penyataan yang diragui’), saya telah diarahkan untuk mengeluarkan surat tuntutan kepada
Datuk Seri Shafie Apdal (selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah) bersama-sama dengan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Jamalul Kiram dan juga Datuk
Douglas Lind.
Secara ringkas, dalam surat tersebut menuntut Datuk Shafie, Datuk Kiram dan Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah untuk memenuhi tuntutan Tan Sri Musa dalam masa 24 jam selepas dari penerimaan surat yang disenaraikan berikut: –
I. Membayar wang sebanyak Ringgit Malaysia Satu Bilion (RM1,000,000,000.00) kepada mana-mana badan amal pilihan Tan Sri Musa;
II. Surat permohonan maaf tanpa syarat kepada Tan Sri Musa dan dihantar kepada kami sebagai peguam
beliau melalui faks dan email dan menarik balik penyataan yang diragui seperti yang tersebut diatas;
III. Surat permohonan maaf dan penarikan balik penyataan tersebut haruslah diterbitkan disemua surat akhbar termasuk media sosial dan laman web;
IV. Sebuah sidang akhbar harus diadakan sama seperti sidang akhbar yang berlangsung para 19hb Jun 2020 lalu dihadiri oleh para wartawan dari surat khabar dan media sosial yang mana surat permohonan maaf dan penarikan penyataan tersebut harus dibaca penuh kepada umum; dan
V. Kesemua pihak yang dinamakan (dan/atau dengan wakil mereka) yang dinamakan dalam tuntutan tersebut diminta untuk berhenti dan menahan diri dari mengulangi penyataan yang diragui tersebut atau mana-mana ayat lain yang mempunyai maksud yang sama.
Tan Sri Musa tegas menyatakan bahawa kesan dari sidang akhbar, siaran akhbar dan dedahan tentang pemfailan Writ Saman tersebut telah merosakkan nama baik dan reputasinya. Jika hal ini berterusan, Tan Sri Musa akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka yang bertanggunjawab dalam kes ini.
*Tengku Fuad Tengku Ahmad*
_Peguam bagi Tan Sri Musa Hj Aman_