KOTA KINABALU: Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah menggesa Ketua Pengarah (KP) Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) segera menempatkan semula Pengurus Besar (GM) PPN ke LPP.

Ahli Jemaah Pengarah (AJP) PPN, Datuk Ng Loi Tect berkata, PPN Sabah dalam mesyuaratnya pada 25 Jun 2020 telah memutuskan agar GM PPN, Cik Catherina Edward ditukar balik ke LPP.

Katanya, Pengarah LPP Sabah, Puan Anita Misuari yang turut hadir pada mesyuarat itu telah memaklumkan mengenai perpindahan itu.

“PPN menggesa KP LPP agar segera menukar pegawai berkenaan ke LPP berikutan keputusan yang telah dibuat oleh AJP PPN”, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Catherina merupakan pegawai LPP yang dipinjamkan ke PPN Sabah.

Ng mendakwa, GM PPN telah gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya yang diamanahkan semasa pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) lalu.

Katanya, para perwakilan dan pemimpin PPN Sabah merungut kerana GM PPN gagal mengurus perjalanan mereka ke Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) di Kuala Lumpur awal tahun ini.

Menurutnya, mereka kesal kerana urusan pembelian tiket kapalterbang perwakilan sebelum ini telah diatur sendiri oleh PPN, tetapi PPN tidak buat dan Catherina telah mengarahkan PPK masing-masing mengurus sendiri urusan perjalanan mereka.

“Sedangkan bajet untuk menghadiri MAT Nafas telah diluluskan semasa MAT PPN Sabah.

Ng berkata, perwakilan Sabah juga kesal kerana tindakan Catherina melepas tangan sedangkan beliau sedar dan mengetahui bukan semua PPK mempunyai kewangan yang kukuh untuk membiayai tiket penerbangan dan urusan perjalanan perwakilan ke MAT Nafas.

“Beliau juga tidak prihatin apabila memperakui perwakilan Sabah mesti balik pada 25 Februari 2020, sedangkan MAT NAFAS diadakan pada hari yang sama. Catharina sepatutnya maklum dan sedar bahawa terdapat perwakilan Sabah yang datang dari daerah yang jauh seperti Pitas, Tenom, Nabawan, Kudat, Tongot dan Keningau”, tegasnya.

Katanya, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Ranau, Datuk Haji Jaimin Samitah juga pernah mendakwa Catherina berbohong berhubung pengurusan penyediaan tiket kapalterbang untuk perjalanan para perwakilan PPN ke MAT Nafas ke 46.

Beliau berkata, Catherina telah memberi alasan bahawa pihak PPN Sabah tidak dapat menguruskan penyediaan tiket para perwakilan Sabah kerana PPN masih perlu menyelesaikan urusan penandatangan cek dari kalangan AJP.

Menurutnya, Catherina memaklumkan bahawa keadaan itu menyebabkan PPN Sabah tidak dapat mengeluarkan cek bagi membuat sebarang pembayaran untuk urusan pembelian tiket penerbangan perwakilan Sabah.

Katanya, alasan yang diberikan oleh Catherina adalah tidak masuk akal dan merupakan satu pembohongan.

Ng berkata, pembohongan itu terbongkar apabila KP LPP selaku Pendaftar PP telah pun memberi kelulusan keatas permohonan PPN menggunakan 2 orang AJP sebagai penandatangan cek (surat rujukan LPP (B) 13/2 (23).

LPP terutama Azulita kena tengok pegawai ini bila ada kenaikan pangkat tidak boleh di bagi sebab pegawai ini merugikan LPP dan Pertubuhan Peladang.

“Catherina meminta PPK membelikan tiket perwakilan masing masing melalui suratnya kepada perwakilan salinan kepada semua GM PPK. Apabila diminta surat jaminan darinya yang ditujukan terus ke GM PPK, Catherina tidak mengeluarkan surat tersebut.

“Jika PPK dahulukan pembelian tiket dan Catherina serta PPN tidak bayar balik kos tiket penerbangan, ini boleh menjejaskan kewangan PPK. Sekali lagi menampakkan siapa Catherina ini sebenarnya”, jelasnya.

Ng berkata, berdasarkan kenyataan Jaimin, ahli-ahli PP yang juga pemegang saham dalam PP tidak mahu melihat pegawai seperti itu membodohkan mereka.

Menurutnya, ahli-ahli peladang berpendapat, jika Catherina tidak mempunyai kebolehan mentadbir dengan baik di PPN Sabah seperti GM-GM sebelum ini, maka elok beliau berhenti dan minta tukar, jangan berbohong dan menyusahkan para perwakilan PPN.

“Ramai pegawai LPP yang dipinjamkan bertugas di PPN Sabah sebagai GM, malangnya Catherina adalah GM yang paling teruk dan sanggup berbohong untuk lepas tangan menguruskan penghantaran perwakilan ke Kuala Lumpur dan langsung tidak pandai memikirkan kebajikan mereka”, tegasnya.-pr/BNN