KOTA KINABALU: Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bahagian Kota Belud mengulangi sokongan tidak berbelah (KB) bagi kepada kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden BERSATU.

Ketuanya, Encik Fairuz Renddan berkata, pendirian Armada KB itu telah diputuskan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Armada bahagian itu.

Katanya, Armada KB juga menyokong penuh kepimpinan Kerajaan Pusat yang diterajui Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, Armada KB turut menzahirkan sokongan kepada calon-calon BERSATU yang bertanding di peringkat Armada Nasional dan juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi pada pemilihan akan datang.

“Antara calon yang disokong penuh oleh Armada KB ialah Menteri Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) Datuk Seri Dr.Ronald Kiandee bagi jawatan Naib Presiden BERSATU”, katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengetui Jawatankuasa Armada mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua BERSATU Bahagian Kota Belud, Datuk Japlin Haji Akim yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Usukan.

Ronald yang juga Ahli Parlimen *Beluran* merupakan Setiausaha Badan Pimpinan BERSATU Sabah dan Ketua Bahagian BERSATU Beluran.

Fairuz berkata, Armada KB menyokong Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Senator Wan Ahmad Fayhsal yang bertanding jawatan Ketua Armada Nasional dan Ketua Armada Bahagian Penampang, Encik Ceasar Mandela Malakun bagi jawatan Naib Ketua Armada Nasional.

Katanya, Armada juga menyokong pemimpin BERSATU dan Ketua Armada bahagian negeri Sabah yang bertanding jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMPT) pusat dan exco Armada Nasional.

Mereka ialah Ketua BERSATU Bahagian Silam, Haji Abdul Hakim Haji Gulam Hassan dan Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin yang bertanding jawatan AMPT.

4 orang Ketua Armada Bahagian yang bertandingan exco Armada Nasional ialah Encik Rosdi Abdul Ghani (Ranau), Encik Johainizamshah Bin Johari (Kinabatangan), Encik Abqaree Fawwaz Abekan (Sepanggar) dan Encik Henry Haji Hamdan (Ketua Penerangan Bahagian Libaran).

Fairuz berkata, Armada KB juga mengadakan perbincangan mengenai persediaan Persidangan Armada Bahagian P169 Kota Belud yang akan berlangsung pada 15 Ogos 2020.-pr/BNN

Fairuz (duduk, tiga dari kiri) bersama Japlin (duduk, tiga dari kanan) dan kepimpinan Armada Bahagian KB menunjukkan poster pemimpin BERSATU dan Armada Sabah yang menawarkan diri bertanding pelbagai jawatan pada pemilihan BERSATU.