KOTA KINABALU: Parti-parti politik yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, wajar menimbang memilih pemimpin Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) Sabah sebagai calon mereka.

Paris Langub Singa.

Ahli Majlis Tertinggi PVATTBM Sabah, Encik Paris Langub Singa mencadangkan perkara itu kerana persatuan itu mempunyai ramai pemimpin yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai calon PRN.

“Tidak salah bagi mana-mana parti politik menimbang memilih pemimpin PVATTBM Sabah sebagai calon mereka untuk PRN Sabah.

“Mengambil contoh Naib President PVATTBM Malaysia merangkapYang di-Pertua PVATTBM Sabah, Datu Zaman Bayang merupakan antara pemimpin yang berpotensi dan boleh diketengahkan sebagai calon PRN”, katany dalam kenyataan, hari ini.

Paris berkata, Zaman yang berasal dari Kampung Bandau, Kota Merudu memiliki “bachelor of business administration” merupakan seorang usahawan.

Katanya, beliau juga merupakan Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan kudat /Pitas/Kota Merudu yang memiliki ramai ahli daripada kalangan masyarakat nelayan.

Menurutnya, kesukaran parti-parti politik mengetengahkan calon yang boleh diterima oleh masyarakat menyebabkan parti itu kalah dalam PRN.

“Calon yang sesuai dan berpotensi amat penting bagi menentukan kemenangan parti politik yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya.

“Untuk menang, parti politik perlu memilih calon yang sesuai, termasuk pemimpin NGO, persatuan, profesional dan lain-lain sebagai calon mereka”, tegas Paris.,-pr/BNN

Datu Zaman Bayang