KOTA KINABALU-. Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa tindakan TYT tidak boleh dicabar untuk membubarkan DUN adalah “tidak wajar” sama sekali. Sekiranya penghakiman ini tidak dibatalkan, maka itu akan menjadi rujukan (precedent) yang merbahaya. Aturan undang-undang akan digantikan oleh aturan oleh manusia. Bagaimana jika TYT memutuskan untuk memecat Menteri tanpa nasihat CM? Bagaimana jika dia menganugerahkan pangkat Datuk kepada seorang banduan terkenal? Bagaimana jika dia berkeras untuk mengampunkan pesalah yang tidak sejajar dengan nasihat Peguam Negara? Maka selepas itu tentunya, tindakan TYT itu boleh diwajarkan. Bagaimana jika TYT membubarkan DUN tanpa makluman oleh CM? Sabah akan diperintah oleh TYT seumur hidup yang tindakannya tidak dapat dicabar, biarpun di mahkamah. Ingat, had 2 penggal pada TYT telah dihapuskan pada bulan Disember 2018. TYT boleh memerintah seumur hidup. Saya tidak mempunyai masalah sekiranya pembubaran DUN akhirnya diputuskan mahkamah sebagai sah. Tetapi saya mempunyai kebimbangan serius bahawa tindakan TYT tidak mengikut perlembagaan itu tidak dibenarkan dicabar sama sekali. Ini adalah rujukan kehakiman bagi lain-lain kes akan datang yang sangat merbahaya yang mesti dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan.-
Datuk Yong Teck Lee
Bekas Ketua Menteri, Presiden SAPP, peguam