KOTA KINABALU:. Ketua Menteri Interim Shafie Apdal telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan menyaman Petronas jika mereka gagal membayar SST atas petroleum yang telah diambil dari Sabah.
“Timing” dia cukup merisaukan.
Selama 26 bulan dia jadi Ketua Menteri Sabah, tetapi baru sekarang dia bersuara?
Kalau berita Negeri Sarawak menerima SST Petronas tidak keluar, Ketua Menteri Interim kita terus senyap sahaja dalam isu ini?
Saya pelik, jika Shafie ikhlas dalam perjuangan royalti dan SST minyak Sabah, dia tidak perlu tunggu sampai berita kejayaan Negeri Sarawak terima SST baru keluar kenyataan. Namun, dia tidak boleh jawab sedemikian sebelum ini di bawah pemerintahan “Gurunya” Tun Dr Mahathir, yang telah berulang kali menolak permintaan royalti 10% dan SST minyak negeri Sabah.
Adakah kerana dia kini sedar Parti Warisan semakin lama semakin lemah di mata rakyat, maka isu royalti dan SST minyak tersebut terus digunakan untuk agenda tersendiri? Kenapa Shafie masih lagi mempermainkan anak-anak Sabah seperti mereka tidak tahu apa-apa? Sudahlah, Warisan. Sabah sedar!
Parti Cinta Sabah telah memasukkan agenda Royalti Minyak sebagai salah satu agenda utama dalam Manifesto Perjuangan kami yang diumumkan pada 15.9.2020. Malah saya telahpun mengumumkan hasrat PCS untuk menubuhkan Kementerian Industri Minyak dan Gas untuk memperjuangkan hak royalti dan SST Sabah.
Faham-fahamlah sendiri wahai anak-anak Sabah. Don’t be fooled again by their sweet words that means nothing.-
Datuk Seri Panglima Anifah Aman President Parti Cinta Sabah
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2889524014480960&id=397397420360311