KOTA KINABALU:Tahniah saya ucapkan kepada semua ADUN yang mengangkat sumpah jawatan bagi menganggotai Kabinet Kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri, YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor. Tahniah juga kepada semua ADUN yang mengangkat sumpah untuk jawatan Pembantu Menteri.
Ucapan tahniah juga kepada Datuk Kadzim M Yahya yang dilantik sebagai Yang Dipertua DUN Sabah. Saya yakin beliau berupaya menjalankan tanggungjawab itu dengan adil dan saksama.
Saya doakan barisan Kabinet Negeri ini dapat memberi perkhidmatan terbaik buat semua rakyat Sabah tanpa mengira latar belakang. Banyak cabaran yang dihadapi ketika ini, termasuk penularan pandemik Covid-19 dan persekitaran pertumbuhan ekonomi yang agak suram.
Sehubungan itu, saya berharap barisan Kabinet Negeri akan berganding bahu dan terus bekerjasama dalam melaksanakan agenda pembangunan negeri demi kesejahteraan rakyat Sabah.-
Tan Sri Musa Haji Aman
Kota Kinabalu,
October 8, 2020