KOTA KINABALU:Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif COVID-19 di Negeri Sabah pada hari ini adalah sebanyak 673 kes. Bilangan kematian adalah 2 orang. Jumlah kumulatif kes COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 8,755 kes. Sehingga hari ini, seramai 3,223 pesakit dilaporkan telah sembuh. Manakala, seramai 5,466 pesakit sedang menerima rawatan dalam wad di seluruh Sabah.

PERINCIAN SOP BAGI AKTIVITI-AKTIVITI PERTANIAN DAN
PERIKANAN
1 Bagi memastikan aktiviti pertanian dan perikanan berterusan dan berjalan dengan teratur, perincian SOP di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Perikanan adalah seperti di LAMPIRAN A.

2 Manakala perincian SOP bagi aktiviti-aktiviti perkilangan dan pembuatandi bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Perindustrian adalah seperti di LAMPIRAN B.
3 Perincian SOP Pengurusan Sumbangan dan Bantuan daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta, pemimpin masyarakat dan orang perseorangan adalah seperti di LAMPIRAN C.
4 Kerajaan Negeri menyeru supaya semua perincian SOP dipatuhi oleh
semua pihak yang terlibat sebagai usaha kita untuk membendung
penularan COVID-19 di negeri Sabah.

C. SEKATAN JALAN RAYA
Polis Diraja Malaysia akan memperketatkan Sekatan Jalan Raya (SJR) dan pemeriksaan kenderaan selaras dengan pelaksanaan PKPB di semua daerah di Sabah.

D. KERJA-KERJA DISINFEKSI
1 Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah melaksanakan kerja-kerja disinfeksi setiap hari terutama di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai. Pada Hari ini, disinfeksi sebanyak 88 kawasan telah dilakukan di kawasan-kawasan
awam seperti pasar-pasar awam, bangunan kerajaan, premis-premis
perniagaan, taman awam, taman permainan, kawasan tamu, kawasan Letak kereta, surau, bangunan/kawasan di bawah kawalan Majlis Daerah,
tandas-tandas awam, dewan masyarakat, terminal, jeti, gerai makan dankawasan-kawasan berisiko yang menjadi tumpuan awam.
2 Pihak Berkuasa Tempatan yang melaksanakan disinfeksi pada hari ini adalah Majlis Perbandaran Sandakan, Majlis Daerah Pitas, Tuaran, Penampang, Putatan, Tenom, Keningau, Tambunan, Sipitang, Beaufort, Papar, Beluran, Kinabatangan, Kunak, Semporna, Lahad Datu dan Lembaga Bandaran Kudat.

BANTUAN BAKUL MAKANAN (FOOD BASKET)
1 Pengagihan bantuan bakul makanan (food basket) kepada golongan sasar sedang berjalan lancar. Sehingga hari ini, 62,002 bakul makanan telah diagihkan.
Bagi membendung penularan COVID-19 di negeri ini, semua masyarakat digesa untuk sentiasa patuh kepada SOP PKPB yang sedang dilaksanakan di seluruh negeri ini termasuklah memastikan jarak fizikal dipatuhi setiap masa,
pemakaian pelitup muka dan hand sanitiser serta kerap mencuci tangan.
Kerjasama semua pihak adalah penting untuk mengekang penularan dan melandaikan lekuk jangkitan COVID-19 di Sabah.
#kitajagakita #stayhome #staysafe
#workfromhome
Sekian.
YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN
DAN
MENTERI KEWANGAN II