KOTA KINABALU: Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di Negeri Sabah pada hari ini adalah sebanyak 533 kes. Bilangan kematian adalah 8 orang. Jumlah kumulatif kes COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 11,818 kes. Sehingga hari ini, seramai 5,195 pesakit dilaporkan telah sembuh. Manakala, seramai 6,525 pesakit
sedang menerima rawatan dalam wad di seluruh Sabah.

Pada hari ini, terdapat empat (4) kluster baharu di daerah berikut:
(i) Kluster Titir sebanyak 21 kes di daerah Keningau;
(ii) Kluster Jambul sebanyak 9 kes di daerah Sandakan;
(iii) Kluster Bandaran sebanyak 12 kes di daerah Kota Kinabalu; dan
(iv) Kluster Omadal sebanyak 20 kes di daerah Semporna.

Daerah Kota Kinabalu mencatat sebanyak 162 kes. Daripada jumlah ini, 65 kes adalah dari Kluster Penjara Kepayan. Manakala, 10 kes daripada saringan bergejala, 6 daripada saringan kendiri, 71 kes daripada saringan kontak rapat, 3 kes daripada saringan sebelum masuk wad dan 2 kes daripada saringan sebelum bekerja.

Daerah Sandakan mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 167 kes pada hari ini. Daripada jumlah ini, 53 kes adalah dari Kluster Bestari (1 kes), Kluster Harmoni (1 kes), Kluster Tinusa (1 kes), Kluster Surat (6), Kluster Samudera (1 kes), Kluster Ramai-Ramai (28 kes), Kluster Mesra (5 kes), Kluster Jambul (1 kes) dan Kluster Bomba (4 Kes). Manakala, 96 kes
adalah daripada saringan kontak rapat, 4 kes adalah daripada saringan pekerjaan, 4 kes adalah daripada saringan komuniti, satu kes adalah daripada saringan terhadap kes brought in dead (BID) dan 9 kes adalah daripada saringan bergejala.

B. BANTUAN BAKUL MAKANAN (FOOD BASKET)

Pengagihan bantuan bakul makanan (food basket) kepada golongan sasar sedang berjalan lancar. Sehingga hari ini, sebanyak 87,299 bakul makanan telah diagihkan.

C. LAPORAN STATUS JANGKITAN DI KALANGAN WARGA PENDIDIKAN, STATUS SEKATAN JALAN RAYA (SJR), SANITASI DAN HEBAHAN UMUM INFO ON WHEELS

1. Seramai empat (4) orang murid dilaporkan dijangkiti COVID-19 pada 25 Oktober 2020. Ini menjadikan bilangan kumulatif guru yang dijangkiti COVID-19 adalah seramai 246 orang murid.

2. Sebanyak 21 SJR telah dilaksanakan di 64 lokasi melibatkan 43,798 pemeriksaan kenderaan. Sebanyak 265 buah kenderaan diarah berpatah balik dan 55 kompaun dikeluarkan. Kadar pematuhan penduduk terhadap SOP PKPB ialah 96.13%.

3. Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah telah melaksanakan sanitasi di tiga (3) buah daerah iaitu Semporna, Tawau dan Kuala Penyu.

4. Hebahan umum Info On Wheels Jabatan Penerangan Sabah telah dilaksanakan di 10 buah lokasi di dua (2) buah daerah. Kerjasama padu daripada semua pihak amat penting dalam usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19 dengan mematuhi SOP yang sedang berkuat kuasa dan mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian.

Dalam kesempatan ini, saya menyeru semua penduduk negeri Sabah berikhtiar dan terus berdoa mengikut kepercayaan masing-masing agar negeri Sabah segera pulih dari pandemik COVID-19.-

 

YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN DAN MENTERI KEWANGAN II
25 Oktober 2020