Bakul makanan yang diagihkan di Ranau

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat ingin memaklumkan bahawa agihan bantuan bakul makanan sedang giat dilaksanakan. Setakat 03 November 2020, sebanyak 131,052 bakul makanan (food basket) telah diagihkan di dua puluh tujuh (27) buah daerah iaitu Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kalabakan, Ranau, Tambunan, Kota Belud, Beaufort, Kuala Penyu, Kota Marudu, Tenom, Kinabatangan, Keningau, Kudat, Pitas, Sipitang, Nabawan, Beluran, Telupid dan Tongod.

Bakul makanan yang di agihkann di Tongod

Sebanyak 4,655 bantuan bakul makanan (food basket) diagihkan pada 03 November 2020 melibatkan enam belas (16) daerah iaitu daerah-daerah Tawau (1,636), Lahad Datu (1,469), Kunak (150), Sandakan (101), Kinabatangan (8), Beluran (12), Kota Kinabalu (133), Penampang (113), Putatan (28), Papar (43), Tuaran (427), Ranau (65), Beaufort (303), Kota Marudu (57), Tambunan (94) dan Tongod (16).

YANG BERHORMAT Ir. SHAHELMEY YAHYA
MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT
DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT