KOTA KINABALU: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakub Khan, melihat pandemik covid-19 melanda negara sejak awal tahun yang lalu sehingga ke hari ini, pelbagai operator pengusaha pengendali penghantaran makanan dan barangan menggunakan aplikasi atas talian telah menjadi barisan hadapan dalam perkhidmatan mereka, dan tidak kurang juga dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang lain dalam kategori perkhidmatan perlu (essantial services).
Menurut beliau setelah melihat situasi semasa di Sabah, perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan ini, telah menjadi salah satu perkhidmatan yang begitu popular, kerana ianya begitu mudah digunakan hanya dengan memuaturun aplikasi yang ditawarkan.
Disamping itu juga ia telah banyak membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang telah terkesan dengan kehilangan kerja, serta ia juga telah membuka peluang pekerjaan yang baru, katanya.
“Mereka ini juga sanggup bekerja dengan keadaan cuaca apa sekalipun, namun sedar
atau tidak, perkhidmatan mereka ini berdepan situasi berisiko dijangkiti Covid-19. Semua
ini demi untuk meneruksan kelangsungan hidup seharian”, katanya.
“Seperti yang kita lihat di media sosial ada dikalangan mereka ini mempunyai pelbagai latarbelakang pendidikan dan ada pula daripada golongan yang professional, bukan itu sahaja malahan ada kaum wanita juga turut serta dalam pekerjaan tersebut.”
“Melihat dengan keadaan ini, saya terpanggil untuk menyarankan agar semua operator
pengendali perkhidmatan tersebut, untuk menghargai mereka dengan menawarkan
pemeriksaan swab dan juga suntikan vaksin typhoid percuma kepada kakitangan mereka,
ianya juga boleh diklasifikasikan sebagai tanggungjawab sosial korporat pengendali
perkhidmtan tersebut,”katanya.
“Sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan dalam sains, teknologi dan inovasi, perkhidmatan aplikasi yang ditawarkan merupakan satu inovasi yang amat baik bagi pengguna, lebih-lebih lagi ketika pandemik Covid-19 melanda negara kita.”
“Saranan ini saya kemukakan, kerana kita sedia maklum keadaan semasa di Negeri
Sabah, dengan kadar positif yang agak membimbangkan, makanya saya terpanggil
sebagai langkah mengurangkan kadar jangkitan yang amat merisaukan pada masa ini.”
Menurut beliau petugas dalam perkhidmatan tersebut agak mudah terdedah
dengan pelbagai kemungkinan, yang boleh mengundang bahaya kepada mereka,
keluarga, orang sekeliling serta bagi pemesan perkhidmatan yang ditawarkan. Tahap
kebersihan dan keselamatan makanan ini adalaah satu perkara yang amat penting untuk
dititikberatkan, kerana dengan kaedah mencegah adalaah lebih baik daripada mengubati.
“Bagi perkhidmatan penghantaran makanan pula, kita perlu memastikan kebersihan ketika
ianya dalam proses disediakan sehingga sampai ke tangan penyedia perkhidmatan,
dengan itu kita perlu menjaga tahap kualiti kebersihan dan keselamatan makanan dari
mula ianya disediakan sehinggalah sampai ke tangan pemesan perkhidmatan tersebut.”
“Saya juga mengharapkan agar pihak berkuasa tempatan, Dewan Bandaraya Kota
Kinabalu (DBKK) agar dapat membantu untuk memantau perkara ini, terutamanya
daripada segi rekod pekerja, tahap kebersihan pekerja, peralatan dan kenderaan yang
diggunakan, ianya sesuai dengan khendak didalam peraturan-peraturan Kebersihan
Makanan 2009,”tambahnya.
“Sama-samalah kita mendoakan agar pandemic covid-19 ini menjadi sifar
pada satu masa nanti, dan disamping itu juga, saya mengharapkan agar penyedia
perkhidmatan yang saya maksudkan, dapatlah memberi pemeriksaan swab dan suntikan
vaksin typhoid percuma kepada petugas barisan hadapan mereka.”-pr/BNN