KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat ingin
memaklumkan bahawa agihan bantuan bakul makanan sedang giat dilaksanakan. Setakat 16 November 2020, sebanyak 173,658 bakul makanan (food basket) telah diagihkan di dua puluh tujuh (27) buah daerah iaitu Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang, utatan, Papar, Tuaran, Kalabakan, Ranau, Tambunan, Kota Belud, Beaufort, Kuala Penyu, Kota Marudu, Tenom, Kinabatangan, Keningau, Kudat, Pitas, Sipitang, Nabawan, Beluran, Telupid dan Tongod.
Sebanyak 4,313 bantuan bakul makanan (food basket) diagihkan pada 16 November 2020 melibatkan empat belas (14) daerah iaitu daerah-daerah Kunak (15), Sandakan (691), Beluran (26), Kalabakan (250), Putatan (15), Tuaran (329), Ranau (142), Kota Belud (368), Keningau (1,499), Tenom (72), Nabawan (26), Pitas (667), Kota Marudu (21) dan Tongod (192).-YANG BERHORMAT Ir. SHAHELMEY YAHYA
MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT
DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
16 November 2020