KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat ingin memaklumkan bahawa agihan bantuan bakul makanan sedang giat dilaksanakan. Setakat 17 November 2020, sebanyak 184,641 bakul makanan (food basket) telah diagihkan di dua puluh tujuh (27) buah daerah iaitu Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kalabakan, Ranau, Tambunan, Kota Belud, Beaufort, Kuala Penyu, Kota Marudu, Tenom, Kinabatangan, Keningau, Kudat, Pitas, Sipitang, Nabawan, Beluran, Telupid dan Tongod.

Pengagihan bakul makanan di Kota Kinabalu

Sebanyak 10,980 bantuan bakul makanan (food basket) diagihkan pada 17 November 2020 melibatkan dua puluh dua (22) daerah iaitu daerah-daerah Tawau (145), Lahad Datu (600), Kunak (195), Beluran (209), Kota Kinabalu (3,150), Kalabakan (91), Penampang (52), Putatan (155), Papar (22), Tuaran (306), Ranau (145), Kota Belud (1,651), Kuala Penyu (503), Sipitang (57), Tenom (30), Nabawan (416), Tambunan (130), Kudat (2,117), Pitas (27), Kota Marudu (19), Telupid (69) dan Tongod (891).-

YANG BERHORMAT Ir. SHAHELMEY YAHYA
MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT
DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
17 November 2020

Pengagihan bakul makanan di Kudat