Pembahagian bakul makanan di Putatan

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat ingin
memaklumkan bahawa agihan bantuan bakul makanan sedang giatdilaksanakan. Setakat 03 Disember 2020, sebanyak 265,729 bakul makanan (food basket) telah diagihkan di dua puluh tujuh (27) buah daerah iaitu Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kalabakan, Ranau, Tambunan, Kota  Belud, Beaufort, Kuala Penyu, Kota Marudu, Tenom, Kinabatangan, Keningau, Kudat, Pitas, Sipitang, Nabawan, Beluran, Telupid dan Tongod.

Sebanyak 1,698 bantuan bakul makanan (food basket) diagihkan pada 3 Disember 2020 melibatkan dua belas (12) daerah iaitu daerah-daerah Kota Kinabalu (48), Sandakan (42), Beluran (2), Penampang (49), Papar (20), Putatan (22), Ranau (45), Kota Belud (281), Tenom (57), Nabawan (89), Kudat (227) dan Pitas (816).-

YANG BERHORMAT Ir. SHAHELMEY YAHYA
MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT
DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
03 Disember 2020

Pengagihan makanan di Beluran