408 pesakit COVID-19 sembuh dan discaj dari hospital

0

KOTA KINABALU: Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 310 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 29,577 kes. Dua (2) kes kematian dilaporkan di Daerah Sandakan. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 408 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 26,641 orang. Sejumlah 2,139 pesakit
sedang menerima rawatan iaitu 622 orang di hospital dan 1,517 orang di PKRC.
Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 62 orang dan 16 orang pula me merlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Terdapat dua kluster baharu dicatatkan di Lahad Datu iaitu :
i. Kluster Perdana Enam yang berpunca daripada saringan kontak rapat dan rakan sekerja di salah sebuah pasar raya dengan 10 kes menjadikan kumulatif 25 kes.
ii. Kluster Jalan Kilang yang berpunca daripada saringan kontak rapat dan rakan sekerja di salah sebuah kilang dengan 16 kes menjadikan kumulatif 24 kes.

Daripada 310 kes positif COVID-19 pada hari ini, 160 kes (51.61%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 59 kes (19.03%) daripada saringan kluster baharu dan sedia ada, saringan bergejala 52 kes (16.77%), saringan komuniti 16 kes (5.16%) manakala 23 kes (7.41%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah katil di Hospital COVID-19 ialah sebanyak 1,007 unit, manakala jumlah katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) pula adalah 5,696 unit. Jumlah kapasiti keseluruhan katil ialah 6,703 unit dengan peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 31.91%.

SEKATAN KEMASUKAN KE MALAYSIA

Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menerima pakai keputusan sekatan kemasukan ke Malaysia oleh warganegara Malaysia dan warga asing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.

Ringkasan panduan bagi Prosedur Pergerakan Warganegara Malaysia dan Asing adalah seperti di Lampiran A, B dan C.

URUS SETIA COVID-19 NEGERI SABAH

Bilik Operasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah menyediakan perkembangan terkini berkaitan COVID-19 kepada orang ramai.
Maklumat semasa situasi kes COVID-19 di Sabah boleh diakses melalui portal https://covid19.sabah.digital/covid19/ dan talian iaitu 088-369433 dan 088- 369434 untuk pelbagai pertanyaan, SOP, pengoperasian perniagaan dan lain- lain.

Manakala, untuk menyemak Bantuan Sabah Prihatin, orang ramai boleh mengakses Portal Semakan menerusi bantuan.sabah.gov.my atau melalui talian 088-369430 dan 01159792975 (Whatsapp).

BANTUAN BAKUL MAKANAN (FOOD BASKET)

Sehingga hari ini, sebanyak 265,729 bakul makanan telah diagihkan kepada
golongan sasar.

LAPORAN SEKATAN JALAN RAYA (SJR), PENGUATKUASAAN PERAIRAN SABAH, SANITASI DAN HEBAHAN UMUM INFO ON WHEELS

Sebanyak 69 SJR telah dilaksana dalam tempoh 24 jam melibatkan pemeriksaan 51,751 kenderaan. Daripada jumlah tersebut, 119 kenderaan diarah berpatah balik. Tiada tangkapan namun 10 kompaun dikeluarkan atas kesalahan melanggar SOP COVID-19. PDRM juga telah melaksanakan 65 hebahan melalui kereta peronda.

Penguatkuasaan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marin yang melibatkan 21 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 21 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan. Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah telah melaksanakan sanitasi awam di lima (5) premis di tiga (3) daerah iaitu Tawau, Keningau dan Semporna.

Hebahan umum Info On Wheels Jabatan Penerangan Sabah mengenai pematuhan SOP, amalkan 3W, elakkan 3C dan pembudayaan norma baharu telah dilaksanakan di 152 lokasi di 18 daerah. Hebahan dibuat dalam tiga (3) bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Dusun dan Bahasa Bajau.

BANTUAN LOGISTIK

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mempunyai 239 buah kenderaan yang sedia digunakan bagi tujuan bantuan logistik COVID-19.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 44 kenderaan digunakan untuk mengangkut pesakit COVID-19, manakala 35 kenderaan digunakan untuk menghantar bakul makanan ke lokasi sasaran. Baki 160 kenderaan pelbagai jenis bersedia digerakkan jika perlu.

Bersama-sama kita putuskan rantaian COVID-19 dengan mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian demi kesejahteraan diri, keluarga serta masyarakat.-

#kitajagakita #stayhome #staysafe #workfromhome #normabaharu

YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN DAN MENTERI KEWANGAN II