KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat ingin memaklumkan bahawa agihan bantuan bakul makanan sedang giat dilaksanakan. Setakat 08 Disember 2020, sebanyak 283,603 bakul makanan (food basket) telah diagihkan di dua puluh tujuh (27) buah daerah iaitu Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kalabakan, Ranau, Tambunan, Kota Belud, Beaufort, Kuala Penyu, Kota Marudu, Tenom, Kinabatangan, Keningau, Kudat, Pitas, Sipitang, Nabawan, Beluran, Telupid dan Tongod.
Sebanyak 1,390 bantuan bakul makanan (food basket) diagihkan pada 8 Disember 2020 melibatkan sembilan (9) daerah iaitu daerah-daerah Kota Kinabalu (193), Beluran (92), Ranau (33), Putatan (21), Papar (145), Penampang (242), Beaufort (521), Tenom (4) dan Kota Marudu (139).-
YANG BERHORMAT Ir. SHAHELMEY YAHYA
MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT
DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT