PITAS SABAH.: Ahli-ahli peladang di Sabah amat terkilan dengan pendedahan Ketua Audit Negara (KAN) mengenai ketirisan dalam pengagihan subsidi baja padi sehingga menyebabkan kerajaan kerugian jutaan ringgit pada tahun 2018.
Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pitas, Datuk Ng Loi Tect berkata, laporan KAN yang mendedahkan ketirisan itu melibatkan  jumlah duit yang amat besar dan amat serius.
Katanya, puluhan dan mungkin ratusan juta ringgit duit kerajaan yang sepatutnya digunakan untuk membantu para pesawah padi yang amat memerlukannya telah diseleweng.
“Masalah ketirisan itu berlaku dipercayai berpunca daripada kelemahan dalam pentadbiran Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Malaysia.
“Ketua Pengarah LPP ketika itu (2018) Haji Hamzah Bahari dan pegawai-pegawainya perlu bertanggungjawab terhadap masalah ketirisan dalam pengagihan subsidi baja padi”, dakwa beliau.
Ng mengulas pendedahan Ketua Audit Negara dan kenyataan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) PPK Pitas, Encik Mukram Hj Dakurah berhubung ketirisan dalam pengagihan subsidi baja padi yang berlaku dalam tahun 2018.
Menurut Ng, beliau dan Mukram sejak awal lagi sudah tahu perkara itu dari bekas pegawai LPP yang sudah bersara dan berkhidmat semasa Hamzah jadi KP LPP.
Katanya, bekas pegawai LPP itu mendakwa Hamzah hanya sibuk menyusun orang-orangnya (pegawai-pegawai LPP) untuk diberi tempat dan posisi jawatan yang baik.
“Sementara orang-orang (pegawai LPP) bekas KP lama ditukar ke tempat yang tidak mempunyai peluang untuk naik pangkat.
“Ini terbukti apabila Hamzah bersara wajib, semua orangnya berjaya duduk di posisi jawatan yang baik.
“Menurut pegawai itu lagi memang betul Hamzah jadikan Nafas KAMBING HITAM. Jika Hamzah berani, beliau buatlah penafian dan bukan berdiam diri. Sekiranya Hamzah berdiam diri, maka semua tuduhan yang dikaitkan dengannya  adalah BETUL. Kami menunggu penafian Hamzah atau mana mana pegawai LPP yang Hamzah telah naikkan pangkat  mereka duhulu.
“Ayu belah Haji Boss kita yang hebat ini, kata seorang pegawai LPP yang masih berkhidmat dengan LPP masa ini”, dakwa Ng.
Ahli Parlimen Port Dikson Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyentuh masalah ketirisan itu pada persidangan Dewan Rakyat pada 2 Disember 2020 lalu.
Ng menggesa pihak berkuasa mengadakan siasatan menyeluruh agar dalang yang menyebabkan ketirisan dan penyelewengan subsidi baja padi diambil tindakan.
“Kita tidak boleh membiarkan terus berlaku kerana ianya melibatkan wang rakyat”, tegasnya.-pr/BNN