KOTA KINABALU: Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 283 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 33,111 kes. Dua (2) kes kematian dicatatkan iaitu masing-masing satu (1) di Daerah Tawau dan Kota Kinabalu. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 434 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 29,883 orang. Sejumlah 2,143 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 614 orang di hospital dan 1,529 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 61 orang dan 16 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Pada hari ini, TIADA kluster baharu dilaporkan. Daripada 283 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 155 kes (54.8%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat di 10 daerah, 64 kes (22.6%) dari saringan kluster-kluster sedia ada, saringan bergejala 36 kes (12.7%), saringan komuniti 6 kes (2.1%) dan 22 kes (7.8%) adalah dari lain-lain kategori. 6 Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,029 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,566 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,595 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 32.49%.

Sehingga 14 Disember 2020, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah merekodkan sejumlah 100 kluster COVID-19 di Sabah. Sebanyak 58 kluster masih aktif dan 42 kluster telah ditamatkan. 2 Bilangan kluster terbanyak ialah di Daerah Kota Kinabalu (22 kluster), diikuti oleh Daerah Sandakan (18 kluster) dan Daerah Tawau (16 kluster).

Sehingga hari ini, sebanyak 297,140 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan sasar. D. BANTUAN LOGISTIK 1 Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mempunyai 239 buah kenderaan yang sedia digunakan bagi tujuan bantuan logistik COVID-19. 2 Daripada jumlah tersebut, sebanyak 28 buah kenderaan digunakan untuk mengangkut pesakit COVID-19, manakala 23 buah kenderaan digunakan untuk menghantar bakul makanan ke lokasi sasaran. Baki 188 kenderaan pelbagai jenis bersedia digerakkan jika perlu.

Orang ramai dinasihatkan agar TIDAK KELUAR RUMAH jika tiada keperluan atau urusan penting serta terus patuhi segala arahan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dalam membendung penularan pandemik ini.

Pihak PDRM juga akan terus melaksanakan pemantauan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang ingkar pada SOP yang sedang berkuat kuasa. Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah telah melaksanakan sanitasi awam di satu (1) premis di Daerah Tawau. 2 Hebahan umum Info On Wheels Jabatan Penerangan Malaysia Sabah mengenai pematuhan SOP, amalkan 3W, elakkan 3C dan pembudayaan norma baharu telah dilaksanakan di 121 lokasi di 15 daerah. Hebahan dibuat dalam empat (4) bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Dusun, Bahasa Iranun dan Bahasa Bajau.

Masyarakat dinasihatkan untuk menjalani ujian saringan dengan kadar segera sekiranya mempunyai kontak rapat dengan individu yang disahkan positif COVID-19. Bersama-sama kita putuskan rantaian COVID-19 dengan mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian demi kesejahteraan diri, keluarga serta masyarakat.

#kitajagakita #normabaharu

YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN DAN MENTERI KEWANGAN II 14