BANTUAN….Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Persekutuan, Puan Hajah Dg Rugayah Ag Besar (tiga dari kanan) telah menyampaikan bantuan bakul makanan dan susu kepada penduduk kampung yang memerlukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.35 Sindumin.
Program itu adalah anjuran bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.35 Sindumin yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM), Encik Sani bin Miasin (dua dari kiri) dan JKM Persekutuan.
Para penerima bantuan terdiri daripada golongan yang memerlukan dan tercicir daripada senarai penerima bantuan menerusi E-Kasih dan bantuan-bantuan lain.
Terdahulu, Dg Rugayah telah melawat Pejabat UPPM Sindumin sebelum menyampaikan bantuan di kampung-kampung.-pr/BNN