PUTATAN: Sebanyak 181,000 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan sasar di negeri Sabah setakat ini.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Ir Shahelmey Yahya berkata, pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya sebanyak 320,000 bantuan bakul dapat diagihkan dalam tempoh terdekat.
“Untuk keseluruhan negeri Sabah setakat ini, kita telah berjaya menyerahkan dalam 181, 000 bakul makanan berbanding dengan sasaran kita iaitu lebih kurang 320,000.
” Agihan bakul makanan di seluruh daerah di negeri Sabah sedang giat dijalankan di mana majoriti agihan bakul makanan tertumpu kepada kumpulan B40.
” Insya-Allah akan selesai diagihkan menjelang hujung bulan ini atau sekiranya terlewat sedikit berlarutan sehingga minggu pertama bulan Mac,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan bantuan bakul makanan di Kampung Kompimpinan, Putatan, hari ini.
Untuk rekod, seramai 100 penerima yang tersenarai dalam B40 terlibat membabitkan majlis anjuran pihak Pejabat Daerah Putatan.
Sementara itu, mengulas mengenai pengagihan vaksin Covid-19 di Sabah, Shahelmey berkata, pihaknya juga terbabit dalam persediaan menyambut bekalan berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada esok.
“Kita dimaklumkan bahwa vaksin akan dijangka tiba d Kota Kinabalu pada tengah hari besok dan proses pemberian vaksin akan bermula dijadualkan pada 4 mac 2021.
” Bagi kumpulan pertama iaitu kepada semua frontliners (pasukan barisan hadapan) yang terlibat serta dengan ahli-ahli yang berhormat daripada negeri Sabah,” katanya.-pr/BNN