KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (Shareda) di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), semalam (Jumaat).
Kunjungan itu diketuai oleh Presidennya, Datuk Chew Sang Hai.
Shareda memberi taklimat kepada Hajiji berhubung isu, cabaran dan masa depan sektor hartanah di Sabah dalam mendepani pandemik Covid-19.-pr/BNN
Caption Gambar:
Hajiji menerima cenderamata daripada Chew.