KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China merangkap Pengerusi Malaysia-China Business Council, Dato’ Sri Tiong King Sing di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, (PPNS) hari ini.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Dr.Zulkapli bin Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Mohd Sallehhuddin bin Hassan, Presiden Federation of Chinese Associations Malaysia (Huazong) Tan Sri TC Goh dan Setiausaha Politik Ketua Menteri, Dr. Roland Chia.-pr/BNN

Hajiji menerima cenderamata daripada Dato’ Sri Tiong King Sing.