KUNJUNGAN HORMAT…Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi International Strategy Institute

(Institut Strategi Antarabangsa) (ISI), Encik Cheah Chyuan Yong dan Pengarah Eksekutifnya, Cik Puan Datin Nirwana Jalil Ghani di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), Kota Kinabalu, semalam.
ISI telah berbincang mengenai kolaborasi dengan Kerajaan Negeri terutamanya untuk menarik pelabur asing ke Sabah melalui pelbagai platform termasuk Sabah Invest, selain kerjasama mengatur pelbagai acara untuk berinteraksi dengan orang ramai terutama mengenai inisiatif Kerajaan melalui pelbagai platform.

“Sesungguhnya ia adalah pertemuan yang membuahkan hasil dan sangat berwawasan”, kata Cheah.-pr/BNN