Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Mari kita bersama-sama mengangkat rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana setelah berjaya menunaikan Ibadah Puasa – Rukun Islam yang ketiga.
Saya menyeru kita semua untuk menyambut Hari Raya tahun ini dengan waspada dan penuh sederhana. Situasi COVID-19 kita  masih membimbangkan. Laporan kes harian Malaysia masihbelum menunjukkan penurunan yang memuaskan.Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikanp peringatanpenting untuk diri sendiri dan kita semua – Kita perlu cekal mematuhi Prosedur Operasi Standard atau SOP yang telahd ditetapkanKerajaan untuk membendung COVID-19.

Harta yang paling bernilai adalah kesabaran. Rakan yang paling setia adalah amal. Ibadah yang paling indah adalah keikhlasan. Meski wajah tidak mampu berjumpa, tangan tidak mampu berjabat, semoga ucapan ini mampu menjadi jambatan maaf di Hari Kemenangan ini.
Dengan rendah hati, saya atas nama peribadi dan keluarga
mengambil kesempatan di hari yang suci ini untuk memohon maaf zahir dan batin kepada semua Umat Islam, khususnya yang berada di dalam Kawasan DUN Usukan. Semoga kita terus diberikan kekuatan dan diberkati kedamaian.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.-pr/BNN

SHARE
Previous articleSalam Aidilfitri
Next articleSalam Aidilfitri