KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin yang akan melaksanakan total lockdown selama dua (2) minggu
mulai 01 hingga 14 Jun 2021 sesuai dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara
pada petang Jumaat.
Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dalam satu kenyataan akbar berkata Kerajaan Negeri juga memutuskan untuk melaksanakannya di negeri Sabah kerana langkah ini diperlukan untuk membendung peningkatan jangkitan COVID-19 di negeri
ini.
Sektor ekonomi dan Perkhidmatan Perlu (essential economic and service sector) yang dibenarkan akan diumum dalam SOP yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat.-pr/BNN