KOTA KINABALU; PRESBAH sendiri tekun mengikuti pendekatan setiap kerajaan dalam isu mengurus pelarian dan pendatang tanpa izin. Bagi kita maruah dan kedaulatan negara harus ada simbol martabat untuk dipertahankan dan dijaga rapi.
Presiden PRESBAH Hj Yahya Hj Ahmad dalam satu kenyataan akhbar berkata kerapnya pencerobohan ruang udara negara kebelakangan ini, juga satu isu kebimbangan.

“Lalu menyedarkan kita semua khasnya pihak pertahanan negara kena terus lebih efisyen, waspada dan cekap siap siaganya” katanya.
Mengikut beliau,  pendekatan kerajaan sekarang dalam mengekang dan memperketatkan penguatkuasaan isu pelarian dan PTI melalui Kementian Dalam Negeri (KDN) sudah tentu memenuhi kehendak tuntutan rakyat.

Melakukan tindakan pro aktif mengusir balik pelarian dan mereka yang memohon suaka satu ketegasan yang patut disokong oleh semua pihak, melainkan mereka yang ada agenda kepentingan, katanya lagi.

*Tindakan tegas berstrategi merangka kebaikan jangka masa panjang walau sukar satu langkah wajar terpuji dengan melihat kebimbangan rakyat tempatan selama ini rasa terancam akan isu kebanjiran pelarian dan pendatang tanpa izin begitu ramai masuk meningkat dalam negara kita sejak 2013 lagi.”

Bukan saja negara berhadapan dengan beban segala tanggungan dan masa banyak kerugian mengurus, bahkan lebih menyakitkan kita berhadapan dengan aktiviti sosial dan jenayah buruk, katanya.

‘Hari ini 10 Jun kita dipaparkan dalam media bagaimana pihak Jabatan Imegresen Malaysia ( JIM ) melumpuhkan satu sindiket pemalsuan pelbagai dokumen dengan penangkapan sembilan warga asing ( Filipina ) dan merampas kira – kira 200 keping dokumen palsu dalam operasi yang dijalankan 5 dan 6 Jun lalu. ”

“Sedangkan jenayah terancang begitu banyak sebelum ini berlaku hingga melibatkan kes pecah amanah sana sini dalam isu pengeluaran kad pengenalan harus menjadi iktibar kita semua. Isu kedaulatan negara, letak politik tepi jangan rosakkan negara dengan perbalahan dan kepentingan politik yang tiada penghujungnya tetapi isu besar tiada penyelesaian konkrit setiap kali bertukar kerajaan. ”

Makanya mana – mana pihak yang ada usaha kesedaran pemerkasaan kena bersatu didukung, katanya.

“Dalam negara saja ada 179,383 pelarian dan pemohon suaka berdaftar dengan suruhanjaya tinggi PBBB. Ini belum dikira mereka yang tidak berdaftar.”

Presbah berharap kalangan orang politik khususnya di Semenanjung dan pihak-pihak atau ngo-ngo berkepentingan politik yang suka bermain sentimen membantah ini agar jangan menjadikan isu pengusiran dan langkah penguatkuasaan sebagai agenda penghalang, selagi mana kerajaan berniat baik dan mengikuti prosedur yang betul menjaga nilai – nilai kemanusiaan ianya tidak ada isu berbangkit. Sayangi negara ini bersatu jiwa muafakat tulin dengan rasa penuh tanggung jawab terhadap negara.-pr/BNN