KOTA KINABALU: PRESBAH menyambut baik ‘ Pelan Pemulihan Negara ‘ yang akan diumumkan hari ini. Maskipun perincianya belum dibentang, namun secara umum apa yang nyatakan oleh YAB Perdana Menteri boleh memberikan input yang dilihat praktikal.
Dalam satu kenyataan Presiden PRESBAH Hj.Yahya Hj.Ahmad berkata melaksanakan peralihan dari fasa ke fasa perlaksanaan berperingkat dengan berpaksikan kepada data – data dari tiga indikator ambang utama ( threshold ) dikira sangat tepat. Semoga negara kita akan bekal keluar dari semua halangan jesteru dengan sendirinya sudah pasti rakyat akan hidup beraktiviti dan berkalapangan.
“Selepas PKP Jun ini tamat, memasuki fasa kedua ( Julai – Ogos ) berdasarkan petunjuk data dan indikator, bilamana purata kes harian Covid -19 menurun dibawah 4,000 kes, sistem kesihatan awam tidak diparas ktitikal dan penggunaan ketil di ICU pulih dijangka tentu banyak aktiviti akan dibuka dengan kawalan ketat. Ini satu sasaran yang wajar semua pihak berusaha menjayakanya,” katanya.
Menurut beliau, dengan fasa ketiga dan berakhir fasa keempat nanti, bilamana pencapaian data dan indikator mencapai sasaran, sudah tentu peluang membuka 80% aktiviti ekonomi, pendidikan, sukan dan aktiviti sosial mampu dilaksanakan, petanda kehidupan harian kita berada seperti norma biasa. Manakala rentas negeri dibenarkan dan sektor pelancongan domestik dibuka tertakluk kepada sop yang ketat. Ini sesuatu yang kita berdoa dan harapkan tercapai.
“Dengan langkah fasa ketiga -keempat ini juga, ( purata kes harian fasa keempat menurun ke paras bawah 500 kes, sistem kesihatan awam berada pada paras selamat termasuk penggunaan ketil di ICU mencukupi dan 60% populasi telah menerima dua dos suntikan ) akan mampu mengembalikan banyak norma seharian pada tahap kebiasaan. “
 Persidangan Parlimen juga yang sering menjadi pertikaian politik sudah boleh diadakan pada September dan Oktober dengan kawalan SOP ketat yang saya kira mengambarkan pendirian YAB Perdana Menteri sebelum ini sangat teguh dan konsistan, katanya.
“Apa yang dijanjikan beliau untuk memastikan prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan didukung teguh setelah memastikan kes – kes Covid -19 terkawal dan rakyat Malaysia hampir mencapai imuniti berkelompok.”
“Selaku Presiden Presbah mengajak rakyat dan semua pihak bersatu mendukung menjayakan Pelan Pemulihan Negara supaya kita dapat membuka segala kelapangan yang kita harapkan dengan terus menjaga SOP. “
“Bahkan sepertimana amaran tegas YAB Perdana Menteri sendiri yang harus dihormati, dipihak Presbah, kita juga turut sama mendukung ingatan tersebut dan sama tegas mengingatkan semua pihak agar jangan ada pihak sengaja menimbulkan keresahan dan kecalaruan dalam kalangan rakyat sehingga menganggu fokus dan tugas utama kerajaan untuk menangani pandemik Covid -19 berjaya. Mari kita sepakat sebarkan risalah kasih sayang, menghentikan sikap berbencian agar semua martabat kita pulih meningkat.”-pr/BNN