KOTA KINABALU: Tindakan YAB Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengumumkan Pelan Pemulihan Negara-Fasa 1 Negeri Sabah seharusnya di sahut dengan semangat luar daripada kepartian, demi kemakmukran rakyat dan negeri Sabah.
Ketua Penerangan Badan Pimpinan BERSATU Sabah Khairul Firdaus Akbar Khan dalam satu kenyataan bekata tidak wajar bagi mana-mana pihak untuk memperkecilkan dan menidakkan tindakan yang membawa kebaikan kepada seluruh rakyat negeri Sabah.
Menurut beliau, Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes covid yang konsisten, ini menunjukkan segala tindak-tanduk Kerajaan Negeri Sabah berjaya mendatangkan hasil. Maka dengan itu segala keputusan yang diambil kira pastinya sudah diperhalusi dengan rapi sekali.
“Segala persepsi negatif yang dimainkan oleh sesetengah pemimpin politik negeri seharusnya dibendung kerana ini boleh membawa kepada kecelaruan dan perpecahan di kalangan rakyat,” katanya.
Dengan semangat kesatuan yang kuat semestinya dapat membawa kepada satu keputusan yang membawa kebaikan kepada masyarakat negeri Sabah. Sudah tiba masanya Pelan Pemulihan Negara Fasa 1- Negeri Sabah mengadaptasi selera dan citarasa negeri itu sendiri, katanya lagi.
” InshaAllah dengan kerancakkan gerak kerja mendaftarkan dan memvaksinkan rakyat semestinya dapat melawan pandemik COVID-19 ini ke arah kejayaan.”
“Sifat keterbukaan pentadbiran kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor seharusnya diambil secara positif, demi memastikan segala keputusan demi rakyat Sabah dapat dipertahankan dan bukannya dipolitikkan.”
BERSATU Sabah cukup yakin dengan pentadbiran yang d pelopori oleh pemimpin-pemimpin yang berpengalaman, pastinya dapat mendepani pandemik COVID-19 ini dengan jayanya.-pr/BNN