KOTA KINABALU: Nasib 40 keluarga mangsa kebakaran Kg. Tg. Aru Baru Kota Kinabalu, di sini, yang kehilangan rumah dalam kebakaran, pada 06 Julai 2021 lalu, mendapat perhatian SEDAFIAT SDN BHD dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) yang menympaikan bantuan bernilai RM4,000.00.
Acara berkenaan diadakan bersama Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) adalah sebagai jalinan kerjasama melaksanakan program CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR).
Sumbangan disampaikan oleh Encik Nursiddiq Chin Bin Abdullah, Ketua Jabatan Perancangan & Analisis Operasi (OPAD) Sedafiat Sdn. Bhd dan disaksikan oleh Tuan Awang Faisal Bin Awang Rahim, Timbalan Pengurus Besar PBNS.
Tuan Mohd Reduan Bin Datuk Haji Aklee, Pemimpin Pemaju Masyarakat(PPM) N22 Tanjung Aru berkata, sumbangan ini adalah tanda keprihatinan Sedafiat Sdn Bhd dan PBNS terhadap nasib mangsa kebakaran.
“Sedafiat Sdn Bhd dan PBNS sentiasa prihatin terhadap mangsa kebakaran dan berharap agar bantuan ini dapat meringankan sedikit beban mereka”.
Pihak Sedafiat juga berkata, Program CSR ini adalah inisiatif antara SEDAFIAT SDN BHD & PBNS yang bakal menjadi galakan kepada Syarikat yang lain turut sama menjalinkan program CSR bersama PBNS.
Turut hadir Wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sabah.-pr/BNN